Teman...
Dirimu insan istimewa,
Penawar tatkala derita,
Kau pengukir senyum di bibir ini,
Gelak tawa kita bersama,
Penghibur jalinan persahabatan.
Teman...
Jika ku hanya fikirkan dunia,
Pimpinlah aku ke jalan Ilahi,
Menuju kejayaan di dunia ukhrawi,
Dan sekiranya aku bersalah,
Tegurlah aku supaya tersedar dari kesilapan.
Andainya diri ini pernah menyakiti hatimu,
Ku pinta seribu kemaafan,
Kerana aku kadang kala alpa,
Alpa tentang nilai sebuah persahabatan yang suci.
Teman...
Dalam melayari usia remaja ini,
Banyak cabaran mendewasakan kita,
Aku dan engkau telah berjaya,
Menempuhnya dengan tabah,
Kerana kita yakin ada hikmah disebaliknya,
Bersama melewati liku-liku hidup ini.
Teman...
Jangan kau ucap kata perpisahan,
Kerana aku tak bisa menerimanya,
Berdoalah untuk ikatan murni ini,
Agar tetap kukuh hingga ke akhir hayat.
p/s : Tika hati ini merindui seseorang yg bernama sahabat...
2 comments:
sy pon rindu knw2 sy :(
Uwaaa~~~
Sedihnya bila tringat kenangan bsama kwn2... :(
Post a Comment