Berdebar-debarlah pulak rasanya... Tp xpe, insya-Allah kalau ada rezeki tu, adalah tu... Semuanya dh lepas, yg sekarang ni cuma bertawakal ajelah... Yg penting, Nissa dh cuba sebaik yg mungkin masa STPM hari tu...
Inilah maklumat yg Nissa dapat mengenai status permohonan kemasukan ke IPTA...
Status permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan SPTM , Diploma, Matrikulasi, Asasi atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai 19 Jun 2009 pukul 12 tengah hari.
Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;
- Menghubungi talian 03 8883 5848 atau 03 8883 5858
- Di laman web upu.mohe.gov.my, jpt.utm.my atau jpt.uum.edu.my
- Secara SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Keputusan ini tidak membabitkan calon yang memohon ke USM kerana universiti itu sudah mengumumkannya pada 30 Mei lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.
Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain
Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari. Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan.
Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya dan calon juga boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA.
Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 10 Julai 2009. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.
Kemana agaknya Nissa lepas ni??? Harap-haraplah dapat tawaran sambung belajar tu... Maklumlah, sekarang ni persaingan semakin sengit... Lgpun, kalau dapat belajar dalam bidang pendidikan, insya-Allah peluang kerja tu ada... Apapun keputusannya, tunggu ajelah 19 Jun 2009 ni...
p/s : Pd tarikh yg sama, mama dan ayah Nissa akan berangkat ke Bandung jugak... Nanti mesti mama dan ayah susah hati memikirkan Nissa ni... Huhuhu~~~
8 comments:
wish u all the best okeh!!!
Okies...Tenkiu sis Nana Rosli...
:)
19 hb result kua eh..??! aduyaiii tkotnyee..
Yup,mengikut sumber tu, 19hb la...
Harap2la dpt...
:)
insya-ALLAH.
insya-Allah...mudah2an ada la rezeki Nissa nnti ye...
:)
gud luck to u nisa...
;)
Tenkiu miss izan...
:)
Post a Comment