Friday, December 10, 2010

Contest Dua Warna : Anyd Style


Cara2 :
1. Tulis 1 entry tidak kurang dr 50 perkataan tentang 2 gabungan warna kegemaran anda. [SIAP]
2. Letakkan gambar anda yg menunjukkan kombinasi 2 warna pilihan. (2 je tau! haha) [SIAP]
3. Tajuk entry tersebut mestilah 'Contest 2 Warna'. [SIAP]
4. Jangan lupa, copy label Anyd-Style kat atas ni dan link kan ke http://anyd-style.blogspot.com/ [SIAP]
5. Emailkan maklumat berikut kepada anydwardrobe@gmail.com [SIAP]
nama :
no. tel :
alamat blog :
alamat surat menyurat :
(nyatakan sama ada anda pernah menjadi pelanggan kami atau tidak ye)
6. Tunggu sehingga pemunguman pemenang dibuat pada Disember nanti! Mana tahu, anda pemenangnya. :D

Syarat2:
1. Terbuka kepada semua gadis2 @ wanita2 diluar sana warganegara Malaysia. [YA]
(lelaki kalau nak punboleh juga tapi harus bersedia terima hadiah yg khusus untuk kaum hawa. :P )
2. Kena la ade blog. hehe....kan ke nak tulis entry :) [YA]
3. Boleh kemukakan seberapa banyak penyertaan. tapi 1 entry untuk 1 penyertaan ye. [YA]
4. Penyertaan perlu dihantar sebelum 17 Disember jam 12.01am [YA]
5. Peserta membenarkan gambar mereka disiarkan di sini. ;) [YA]
6. Keputusan adalah muktamad.

hadiah2:
Tempat Pertama
1 Printed Instant Hijab with Diamond + 1 Donatello Scarf + 1 Pair of Brooch (worth RM60)
Tempat Kedua
1 Custome Made Shawl + 1 Donatello Scarf + Brooch (worth RM45)

Tempat Ketiga

1 Custome Made Shawl + 1 Jojet Scarf (worth RM30)

2 Hadiah Saguhati
Donatello Scarf + 2 Add-Ons (worth RM20)




Bukti Nissa dh follow blog Andy Style






Jom tengok gambar gabungan dua warna yg jadik pilihan Nissa ye...



Dua warna gabungan pilihan Nissa semestinya purple dan pink! Sebab tu kebanyakan baju Nissa harus ada purple atau pink ye... Sama jugak dengan shawl pilihan Nissa, semestinya shawls yg kalerful dan harus ada dua warna tersebut... Kalau tak ada pink, adalah purplenya tu... Kalau tak ada purple, adalah pinknya jugak... Bukan setakat baju dan shawls saja yg warna pink dan purple tapi aksesori pilihan Nissa pun mesti dari dua warna tu... Mula-mula nak beli aksesori mesti beli warna pink atau purple dulu, lepas tu baru Nissa beli warna lain... Dan disebabkan itu jugak, blog Nissa pun Nissa hiaskan dengak dua warna kegemaran Nissa... Tengoklah counter box, formspring, chatbox dan traffic feed box kat blog Nissa, semuanya gabungan warna purple dan pink jugak!



Ni ada sedikit info tentang dua warna pilihan Nissa tu ye:

Purple / UnguWarna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

PinkWarna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyian, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan. Merah Jambu melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan,keayuan dan kesantunan.





p/s: Selamat mencuba berjaya!





No comments: