بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Alhamdulillah, semalam (18/02/2013) Nissa dah selamat melaporkan diri di TalentCorp Malaysia, Surian Tower sebagai intern dari GEMS.. Bersyukur sangat sebab ditempatkan kat sini, biarpun sbg intern shj tp insyaAllah Nissa akan cuba utk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman semasa tempoh internship ni.. Kalau ada rezeki, mungkin Nissa dapat terus keja kat sini.. Doa-doakan lah ya ;)
Access card saja, ID card belum dapat lagi..
18/02/2013 –
Nissa bangun awal2 pagi sebab excited nk mulakan hari pertama internship..
Nasib baik lah malam tu boleh tidur lena jugak, kalau tak mungkin Nissa bangun
dalam keadaan yg masih mengantuk lagi agaknya.. Hari ni kak Q ajar macam mana
nk naik bas dari rumah ni sampai dekat depan bangunan Surian Tower. Ok lah,
Nissa naik bas aje sebab dekat sangat dengan rumah, kalau lagi rajin Nissa
jalan kaki jelah kan.. Nk cukupkan 10, 000 langkah sehari, kenalah banyak
berjalan. Sepatutnya kena ada kat Surian
Tower sebelum pukul 8.30 pagi sebab kena report duty pada pukul 8.30 pagi kan
tp disebabkan eksaited sangat, pukul 8.00 pagi Nissa dah sampai kat situ. Lepas
dh report duty, Nissa dan kak Dya (sama-sama intern dr GEMS, dulu kak Dya ni
CEO Ruby tau) diperkenalkan pada semua staff kat TalentCorp.. Pergh, semuanya
berhabuk cakap English! Omaiii, mulalah Nissa berdebar-debar sebab kena
speaking la kan sebab intern kat sini.. Dh dapat workstation masing-masing dan
dah dapat supervisor jugak. Ok, supervisor Nissa sangat baik orangya, soft
spoken jugak dan sangat prihatin pada Nissa, ha nama supervisor Nissa ni
Albert..Yg lawaknya Albert ni punya kalut bila Nissa dan kak Dya kadang-kadang
tersasul panggil dia ‘Sir Albert’, pastu dia banyak kali ulang, “Oh dear,
please don’t call me Sir Albert, just Albert ya..” Sukanya sebab dia suka bagi
coklat! Terima kasih ya Albert!! Hari pertama masuk kerja ni macam biasalah,
tak ada kerja kan. Okay, Nissa cuma jadi pemerhati je pada hari Isnin (padahal
dalam hati sebenarnya rasa macam dh tak tenang sebab tak bergerak buat kerja
apa pun! Jiwa memberontak tiba-tiba..) Hari ni jugak dapat macam-macam barang
amanah dari company, 1) access card 2)laptop 3)email id sendiri dgn ada nama
company kat belakang tu 4)stationary 5)peti besi! (sebenarnya laci kat bawah
meja tu je.. Nissa panggil peti besi sebab besar sangat lacinya..hohoho) 6)buku
bedtime story pasal TalentCorp Malaysia.. Oh ya, masa lunch hour tu Nissa tak
keluar pegi makan pun sebab kak Dya bawak bekal, ya ampun rezeki jangan ditolak
(segan sebenarnya sebab masa kat GEMS site Mersing dulu, xkenal rapat pun dgn
kak Dya ni)… Lepas kitorang lunch tu, CEO TalentCorp iaitu Mr Johan Mahmood
Merican yg kacak, bergaya, tampan, tinggi lagi gebu tu kan menyapa kami kat
pantry.. Finally I can met him face to face, biasanya tengok dalam tibi je kan,
nah hari ni dapat tengok depan-depan mata.. Lepas lunch hour tu, kami sambung
‘observation’ kami jelah kat cubical sendiri.. Nissa duduk sebaris dgn kak Dya
Cuma kami dipisahkan oleh Albert je. Kiranya Albert diapit oleh dua kuntum
bunga la.. Hehehehe…
Ha, tula kak Dya.. Dia under unit Finance..
Disebabkan quick update dari draft yg sedia ada, nk tunjuk jugak workstation Nissa kan
19/2/2013 –
Masih belajar tentang apakah itu TalentCorp Malaysia, core values, business
nature, plan yg berkaitan dan sebagainya.. Masuk hari kedua ni Nissa dh semakin
mahir gunakan Microsoft Lync dan Microsoft Outlook tu.. Maaf cakap la ek,
sebelum ni jarang dapat guna dua software ni.. Xda sangat benda yg menarik nak
diceritakan, masih belajar dan masih perlu cari pengalaman… dan yg pasti Nissa
dh cuba ‘show-off’ semua skills tentang project management dan Microsoft Excel
yg Nissa penah belajar. Kiranya tak sia-sia jugak belajar Office System
Management ni, kat mana-mana company pun akan gunakan skill and knowledge yg
sama.. Oh ya, memang rezeki Nissa agaknya bila pegi mana-mana company sama ada
utk kerja atau intern je kan, staff dalam company suka buat makan-makan.. Hari
ni ada birthday party staff, diorang ajak makan sekali, join jelah..
Ni lah buku bedtime story Nissa yg terbaru.. Hehehe
20/2/2013 – Hari
ni tak ada kerja sebab Albert takda kat office, dh email Tanya pasal kerja apa
yg Nissa kena buat hari ni tp dia Cuma reply “Just sit back and relax”.. Ok,
jadi hari ni sy melangut jelah dalam office. Ini tidak boleh terjadi, konfem
sampai petang nanti dh mati kutu sebab tak tahu nk buat apa kan lagi-lagi bila
diri ni seorang yg tak boleh duduk diam.. Sebelum Nissa boleh “Just sit back
and relax”, update dan review semula pivot table dan pivot chart yg semalam dh
bincang dengan Albert sebelum boleh email pd dia.. Disebabkan bosan, Nissa pun online
jela sambil men’submit’ resume kat mana-mana company yg tengah ada kekosongan
jawatan yg bersesuaian dgn background study Nissa ni.. Siyes lah hari ni sangat
membosankan!!! Tiba-tiba je kan adik receptionist, Mia namanya panggil Nissa
sebab dia nk mintak tolong jagakan reception sekejap sementara dia ada meeting
rumah sukan.. Ha, jangan tak tau kat TC ni pn ada rumah sukan jugak tau.. Masa
Mia tengah meeting tu la Nissa tolong handle incoming phone call kat TC..
Hohoho, best jugak kerja menjawab call orang ni rupanya! Habis je tolong jaga
reception, masuk balik kat dlm office.. Elok je Nissa duduk tgk dpt email dari
sorang staff ni dia ajak join celebrate birthday party staff TC lagi utk hari
ni.. Yo, makan-makan free lagi hari ni! Boleh bambam Nisssa kalau sampai 6
bulan ni asyik makan free dan sedap-sedap je kan..
21/2/2013 –
Oyeah, hari ni Albert ada kat office! X sabar nk buat kerja yg dia bagi.. Okay,
hari ni dapat kerja yg Nissa suka sebab banyak menaip.. Tak critical thinking
sangatlah sebab Cuma buat pivot chart dan pivot table je dari data-data yg dia
bg.. Dah siap, boleh balik.. Alamak, semuanya dh siap hari ni la.. Habis tu
esok nk buat apa?? Hmmmm, bosannya esok ni kalau tak ada kerja yg nk dibuat..
22/2/2013 – Nissa
dalam rumah biru, SUPER SONIC!! Hari ni kitorang ada Laser Tag Tournament, lokasi
sekitar Surian Tower.. Nissa memang suka interprem kan, jd join lah walaupun
sport shoes tak bawak pun dari rumah. Xpelah insyaAllah minggu depan balik
rumah sebab ada appointment dengan dentist, boleh bawak sport shoes dari rumah
je..
Kisah internship ni akan bersambung lagi ya.. Babai!
p/s: Berharap agar hari yg mendatang lebih baik dari hari yg sebelumnya
4 comments:
Semoga kita semua dapat kerja tetap...
aminn.. :D
Aminnn :)
Dh berjaya nanti jangan lupa kawan-kawan ya.. Lagi2 TOPAZIAN!
Oh, rindu gila kat TOPAZIAN semua :)
mcm sonok je tgk khai b'intersip tu..
rindu kat aku jgk x?hihihi
ala, jangan la panggil sy khai!!
harus la rindu, Nissa rindu kat semua famili Topaz! Nak jumpa korang ntah bila la kan...
Mehla dtg sini momo :)
Post a Comment