السلام عليكم
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Lama sungguh Nissa tinggalkan blog kesayangan ni.. Sepi, semakin hari semakin sepi.. Nissa pun seolah-olah menghilangkan diri. Tiada update, tiada jejak.. Dan hari ni tiba-tiba hati terpanggil untuk meng'update'kan blog ni kembali dengan cerita-cerita dan kenangan terindah selama dua bulan di Mercy City a.k.a. Bandar Rahmah yg terletak di Hotel Seri Malaysia Mersing.
Ada apa dengan G.E.M.S??
Apa itu GEMS (sila sebut 'jems' ya bukannya 'germs')? Kalau dalam bahasa saintifiknya Graduate Employability Management Scheme. GEMS ni lebih kurang macam program latihan yang disediakan utk mengasah bakat dan memberikan 'nilai tambah' (added values, soft skills, management skills) utk para graduan.. Pendek kata, GEMS ni dah macam executive training la kan, banyak sangat ilmu yg dapat dalam masa dua bulan tu (kalau boleh nk duduk dalam GEMS part 1 tu lama sikit, tp apakan daya memang tempoh utk part 1 cuma dua bulan saja)
Macam mana Nissa boleh terjebak dengan GEMS ni?
Ceritanya bermula bila Nissa dah rasa sangat bosan dengan kerja pada masa tu, jadi bila balik kerja Nissa pun macam biasalah online FB.. Bergosip-gosip dengan kawan-kawan seperjuangan di UiTM Jengka (oh my OM), time tu la baru timbul isu pasal GREEN tp bila dah borak-borak ke laut gitu, kami decide nk fill in form GEMS secara berjemaah.. Lepas dua minggu (jangkaan je, Nissa xingat sebenarnya), 31/10/2012 dapat email dari pihak GEMS utk join GEMS Programme (SMM07C). Dalam ke'excited'an tu bila tengok tarikh utk daftar kat Hotel Seri Malaysia Mersing pada 2/12/2012.. What the!! sebab pada tarikh yg sama Nissa konvo..
Ceritanya bermula bila Nissa dah rasa sangat bosan dengan kerja pada masa tu, jadi bila balik kerja Nissa pun macam biasalah online FB.. Bergosip-gosip dengan kawan-kawan seperjuangan di UiTM Jengka (oh my OM), time tu la baru timbul isu pasal GREEN tp bila dah borak-borak ke laut gitu, kami decide nk fill in form GEMS secara berjemaah.. Lepas dua minggu (jangkaan je, Nissa xingat sebenarnya), 31/10/2012 dapat email dari pihak GEMS utk join GEMS Programme (SMM07C). Dalam ke'excited'an tu bila tengok tarikh utk daftar kat Hotel Seri Malaysia Mersing pada 2/12/2012.. What the!! sebab pada tarikh yg sama Nissa konvo..
Graduation Day 2/12/2012
Alamak, macam mana ni? Nissa & Faeza pun email pada pihak GEMS utk mintak tunda tarikh register.. Xpelah, kalau ada rezeki kami nanti adalah...
Kami pun redha jela andai kata pihak GEMS tak bagi kami register lambat dari tarikh yg ditetapkan.. Seperti yg diharapkan (mungkin rezeki kami jugak utk bersama-sama GEMS) dapat pulak email yg tarikh register dh ditunda pada 9/12/2012.. Yeay, terlompat-lompat gembira seketika! Dan kami pun merancang macam-macam strategi utk memastikan yg kami dapat mendaftar bersama-sama pada 9/12/2012.. Disebabkan Nissa rasa yg mustahil utk kami mendaftar sama-sama, Nissa pujuk mama dan ayah utk berjalan-jalan di bandar Mersing sehari sebelum hari kejadian..
8/12/2012 : Nissa sekeluarga bertolak dari Melaka ke Mersing. Ok, part yg ni tak payah cerita details sgt la sebab aktiviti kami sesampainya di Mersing cuma makan-makan dan camwhoring saja.. Nak bermain-main di pantai pun xboleh sebab masa tu tengah musim hujan..
9/12/2012 : Pagi-pagi sebelum Nissa mendaftar sebagai warga GEMS, sempat lagi family Nissa berjalan-jalan sekitar bandar Mersing.. Tepat pukul 10 pagi dari Hotel H yg kami menginap, terus bergerak pulak ke HSM Mersing. Turun je kereta terus mencari Faeza. Maklum la, Nissa ni agak takut dgn suasana baru. Jadi nak tak nak kena mencari teman jugak. Nasib baik ada kawan dari UiTM Jengka jugak kan :) Bila dah selamat mendaftar, terus dapat kunci bilik (oh yeah, sy sebilik dgn Faeza..) tp xboleh terus ke bilik lg sebab kami kena amik PPI (Profile Performance Indicator) test.. Habis je test tu, Nissa terus ke bilik 303 utk unpack luggage yg besar gedabak tu sebab malam tu ada program GEMS Induction.. Dan selepas tu, bermula lah kehidupan kami sebagai warga Mercy City!
Dengan Faeza menuju ke Dewan Pak Malau
Kena check sama ada dh register dengan GEMS ke x..
My beloved parents yg setia menanti di ruangan lobi HSM
Nak tahu apa aktiviti GEMMIES kat Mercy City tu selama dua bulan? Nantikan ya entri yg seterusnya, Nissa dah tak larat nak menaip.. Nak upload pic pun lambat semacam je.. InsyaAllah sebelum Nissa mulakan internship di Talent Corp Malaysia Berhad, Nissa akan merajinkan diri utk update mengenai program GEMS ni lagi.. Sekadar utk berkongsi cerita dan sebagai kenangan sendiri sebab terlalu banyak kenangan yg manis di Mercy City bersama rakan-rakan baru...
Salam sayang,
No comments:
Post a Comment