السلام عليكم
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Sambungan cerita braces.. Alhamdulillah pada bulan kedua (28/10/2012) xda jugak masalah.. Cuma kadang-kadang tu masa tidur dapat rasa pergerakan gigi, walaupun xterlalu ketara tp Nissa dapat rasakan yg makin hari makin senget pulak keadaan gigi Nissa! Oh mannn, kenapakah jadi begitu? Okay, relaks saja sebab dentist ada bagitahu memang sepanjang pemakaian braces ni akan rasa pergerakan gigi ya..
Masa awal-awal pakai braces nk senyum pun agak malu-malu lagi.. Nk cover gigi lah kononnya
Cuba jugak senyum.. Tp bila senyum macam ni nampak macam tak ikhlas je kan..
Tadaaa~~ Dah berani tayang gigi :)
Oh ya, utk bulan kedua ni kalau tak silap elastic
ligature band (ELB) yg Nissa pakai semuanya berwarna pink.. Sebab pada
bulan tu Nissa banyak hadiri interview utk kerja, macam tak professional
pulak kalau ELB tu
Utk bulan pertama, makanan rugi Nissa telah bertukar kepada mashed potato dan bubur nasi sahaja...
Jangan risau, semua tu berakhir bila masuk bulan yg ketiga, keempat dan kelima.. Bersyukur sangat sebab masih boleh menikmati makanan yg sedap walaupun sedang memakai braces ni..
ELB bulan ketiga (8/11/2012) warna turquoise + pink! Yeay, Nissa suka kombinasi dua warna ni tau.
Kebetulan pulak warna tu kena sangat dengan warna baju konvo Nissa pada 2/12/2012 tu.. Lagi suka!
Off to work.. Masa ni ada semangat kerja lagi :)
Bulan keempat (8/12/2012), sehari sebelum Nissa mendaftarkan diri kat GEMS site SMM07C ada lagi appointment dgn dentist utk tukar ELB dan tukar archwire kepada yg lebih halus.. Tak nampak beza sangat pun sebab braces yg Nissa gunakan ni metal bukannya ceramic ya.. Bulan keempat ni pulak warna ELB dah bertukar dari warna pink + turquoise kepada warna pink + purple!
Nampak tak warna braces warna pink + purple tu?
Masa bulan keempat ni keadaan gigi Nissa bertambah teruk bila gigi tu semakin senget dan cenderung utk bergerak ke arah kanan! Walaweyh, cuak kot, ntah macam mana rupa gigi pd masa yg akan datang ni nti??
Tp nk cuak sgt pun kenapa, semua ni akan ambik masa kan.. Jadi bersabar jelah dan hargai setiap masa bersama gigi besi ni, nanti bila dah bukak konfirm akan rindukan dia :P
Ok, sampai sini dulu utk entri Braces oh Braces.. Akan bersambung pada entri yg seterusnya..
Salam sayang,
No comments:
Post a Comment