About Me

My photo
♥Nissa ♥Sweet 24 ♥There is only one happiness in life, to love and be loved♥

Friday, February 15, 2013

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah sebelum Internship #2

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


7/2/2013 - Misi mencari rumah / bilik sewa di sekitar Mutiara Damansara pun bermula.. Nissa memulakan misi tu dengan semangat sebab tak sabar nak cari pengalaman semasa intern tu sebenarnya.. Dengan menggunakan Mr. Google, dapatlah dua-tiga senarai bilik sewa.. Harga pun boleh tahan jugak lah kan, maklumlah menyewa di bandar memang kadar harga dalam RM250 - RM500 utk sebulan kan..
8/2/2013 - Misi diteruskan pada hari kedua.. Bila dah dapat contact tanya pasal bilik, semua bilik yg berdekatan Mutiara Damansara dh x ada yg kosong lagi.. Sedikit kecewa lah pada masa tu kan.. Xpelah, slow-slow je cari mana tahu akan jumpa dgn bilik yg sesuai..

9/2/2013 - Hari ketiga misi pencarian bilik sewa, masih tiada harapan.. Rumah /bilik sewa kat sana laku sangat macam pisang goreng sebab tu susah nk mencari bilik sewa dalam masa yg singkat ni kan.. Xpelah, Nissa redha je..

10/2/2013 - Hari keempat misi pencarian bilik sewa.. Oh ternyata umpama mencari permata yg hilang kot! Semangat makin pudar, lagi-lagi bila terpaksa jadik lone ranger kan.. Xpelah, masih ada harapan.. Teruskan jelah misi pencarian bilik sewa pada hari berikutnya..

11/2/2013 - Hari ni kena jugak mencari bilik sewa, dengan bantuan Mr. Google, Mr. Mudah.my dan Mr. ibilik.my!! Nissa tak boleh buang masa lagi sebab tinggal lagi seminggu je sebelum report duty pada 18/2/2013.. Jenuh sangat nak cari bilik sewa ni apesal la kan.. Dan dengan bantuan seseorang ni, dia bagi contact number kawan-kawan perempuan dia yg duduk sekitar Kota Damansara.. Ok lah, terus Nissa topup lagi kredit sebab kredit pun dah kering kan asyik call orang sana-sini sebab bertanyakan hal bilik sewa.. Alhamdulillah dah dapat satu bilik sewa yg agak dekat dengan Mutiara Damansara, bila dah deal pasal bilik sewa tu terus rasa lega sangat..

12/2/2013 -  Relaks saja lepak di rumah, maklumlah bukan selalu dapat rasa macam ni kan.. Home sweet home gitu. Kepala Nissa pun dah xdalah serabut sangat memikirkan pasal bilik sewa.. Tunggu hari je nak pergi masuk bilik tu nanti.. Rasa bersemangat semula!! Tiba-tiba je Nissa dapat berita buruk bila orang yg deal pasal sewa bilik tu bagitahu yg bilik tu dh ada orang masuk.. Omgee!! Apekah semua ni?!?!?! Terus Nissa rasa macam nk pengsan sebab Nissa langsung tak ada backup plan utk bilik sewa ni.. Terus rasa sedih semula. T_T Yelah kita dh konfirmkan dengan dia pasal bilik sewa tu, tapi boleh pulak dia sewakan pada orang lain. Alasannya sebab orang tu dh terus datang dan bayar cash money! Heyyy~~ Memang angin jugak lah Nissa time tu kan tp nasib baik boleh bertenang lagi sebab fikir mungkin ada hikmah kot Nissa tak dapat menyewa kat situ.. SEDIH dan GERAM!! Terus Viber kat group Topaz share tentang bad news ni kan.. Diorang semua terus pujuk Nissa jangan cepat putus asa dan Min tolong jugak cari bilik sewa dgn menggunakan khidmat Mr. Google sebab hari-hari chat dgn Nissa ni mesti ada topik pasal sewa bilik je kan.. Mana tak nya, sebab Nissa cakap kalau tak sempat cari bilik sewa yg terdekat dengan tempat intern tu Nissa taknak pegi intern.. Dalam hati, "Mungkin jadi macam ni sebab parents tak restu utk Nissa pegi intern kat situ agaknya..." Duduk dalam bilik sorang-sorang, terus menghadap lappy.. Fokus, fokus, fokus cari bilik sewa tu Nissa.. Hmmmm, nasib baik famili Topaz terus bagi semangat, oh tak lupa jugak Miss Faeza! Kalau tidak mungkin semangat tu terus hilang dan Nissa amik keputusan nk withdraw dari GEMS utk part 2 nanti..
   
13/2/2013
- Nissa bangun awal pagi jugak sebab mencari bilik sewa lagi kan.. Hari ni mungkin ada harapan.. Keep searching & GOOGLEing dari pagi sampai petang.. Bila petang tu ternampak satu iklan kat Mudah.my yaww.. "Wow, iklan baru ni.. Mungkin ada harapan" Nissa pun amik nombor kat dalam iklan tu, terus SMS. Bila fikir yg mungkin SMS je takkan di reply, Nissa pun terus call.. Masa call tu Nissa cakaplah yg kalau boleh nak duduk berdua (dengan Kak Nasd) lagipun kalau diikutkan master bedroom tu agak besar dan muat utk dua orang kan. Tp sayangnya orang kat rumah tu cuma nk seorang je. Xpelah, Nissa pun tak berani nk deal apa-apa.. Bila malam sikit orang tu bagitahu yg dh ada orang lain pulak booking bilik tu.. Hurmmm, sekali lagi air mata mengalir.. "Kenapalah dugaan kali ni terus datang je?? Mungkin ada salah Nissa kat mana-mana agaknya.." Terus ber'Viber' dengan famili Topaz, dh jadik habit bila ada apa-apa je terus nk share dgn mereka.. Sambil-sambil tu terus mencari iklan bilik sewa lagi.. Dah dapat beberapa bilik sewa yg ada potensi, terus SMS orang yg berkenaan (bila malam tak berani nk call, jadi Nissa SMS jelah tanya pasal bilik). Tak payah tunggu reply malam ni lah, mungkin esok akan ada jawapan dari orang yg berkenaan kan :) Tidur dengan penuh harapan.. 
      

14/2/2013 - Pagi lagi dapat SMS, "Room still available. When u want come to view the room?" Nissa cepat-cepat reply, "Where is the exact location of the room? Is there any public transport that can reach to TalentCorp? I will come on this Saturday". Lepas SMS berjela-jela dan Nissa terus call utk konfirmkan bilik sewa tu, Nissa terus deal dan disebabkan taknak pisang berbuah dua kali, Nissa terus request utk bayar deposit bilik tu.. Nasib kakak T sangat baik hati dan memahami, dh dapat details utk bayar deposit bilik sewa tu, Nissa pun terus pegi bank in utk deposit.. Alhamdulillah, semuanya selesai. Hari Sabtu nanti baru nak ke sana, terus masuk bilik sewa dan amik kunci.. Yg seronoknya, rumah fully furnished, sewa bulanan pun dah termasuk bil api, air dan Internet punya bil, cuma bilik tu agak kosong dan kakak T pesan supaya bawak spare tilam atau toto in case nak tilam empuk umpama tilam Vono gitu.. Xpe kak, jangan risau sebab Nissa kalau boleh apa yg ada kat rumah sendiri ni semuanya Nissa nk angkut bawak pegi sana.. Bersyukur sangat sebab bilik sewa ni pun dekat jugak dengan Menara Surian, Mutiara Damansara.. Hohoho~~~

Lesson learn: Jangan cepat mudah putus asa. Selagi mampu utk berusaha mencapai sesuatu tu, insyaAllah ada jalannya. Tetapkan objektif dan yg penting nk buat sesuatu perkara mestilah menggunakan kaedah S.M.A.R.T. jangan selalu nak buat K.I.S.S. aje. Ini baru sikit je kot dugaan dariNya sebelum Nissa memulakan internship ni.. Masa yg akan datang mungkin ada lagi dugaan lain, siapa yg tahu kan..


p/s: Semoga Nissa kuat dan tabah sepanjang tempoh internship nanti :)
p/s: Barang tak siap packing lagi ni!! Siapa nk tolong Nissa packing barang nanti ni??


Salam sayang,
 

4 comments:

perindu_خلافة said...

all the Best Nissa..
macam travelog pulak bila baca 2 entry ni ^_^

nissa elhumaira akmal said...

Thanks Mr. Rizqan..
Same goes to u :)
Hehe, bukan selalu kan nk share cerita macam ni ^_^

zey said...

berdebar pulak kan nak start placement nnt..hewhewhew...

nissa elhumaira akmal said...

Tau xpe :)
Btw, good luck ya!!