بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Tinggal berapa hari je lagi kan nak mula internship. Nissa dapat intern kat TalentCorp Malaysia Berhad, kat Mutiara Damansara, Petaling Jaya... Utk internship ni sangat mencabar sebab jauh dari keluarga, nak tak nak kenalah jugak berdepan dgn semua cabaran sorang-sorang kan, peluang hanya datang sekali.. Kalau tak, sampai bila Nissa takkan keluar dari 'comfort zone', bak pesanan CEO Topaz Ace Corporation kat Nissa "Challenge Yourself".. Baiklah Mr. Zhafran, kali ni memang Nissa akan mencabar diri Nissa pun sebab tu gagahkan jugak diri ni utk pegi internship kat TalentCorp yg akan bermula pada 18 Februari 2013.. Jadik lone ranger pun lone ranger lah, sebab kalau nk bergantung sangat pada orang lain sampai bila pulak kan.. Berharap akan dapat macam-macam pengalaman dan sekaligus dapat peluang pekerjaan jugak! ^_^
Kisah internship bermula pada hari last 1/2/2013 kat Mercy City, bila Faeza cakap yg dia dah dapat intern kat Maju Holdings Sdn. Bhd. Nissa je tak dapat lagi email pasal internship pun macam mereka. Tersangatlah sedih masa tu sebab kawan lain dah dapat placement mereka kan.. Syok la orang lain dah tau placement diorang kat mana, boleh dah mula cari rumah sewa, survey kawasan, cuba naik public transport yg ada.. Cakap dalam hati "Tak apelah, saya redha je andai tak dapat placement, mungkin ada hikmahnya nanti. Bersyukur sebab berjaya jugak habiskan part 1 GEMS dan jumpa ramai kawan baru, keluarga baru jugak .."
2/2/2013 - Bangun pagi, lepas solat Subuh terus on lappy sebab nk check email.. Tp hampa jugak sebab takda pun email dari GEMS Secretariat.. Bila bukak FB, tengok dekat FB Topaz Ace Corporation dan GEMS SMM07C, diorang dah mula pakat-pakat cari rumah sewa utk diorang duduk sepanjang intern nanti. Okay, saya mengaku saya sangat cemburu pada masa tu! Hari ni saya kecewa lagi..
3/2/2013 - Rutin harian bermula seawal jam 5.30 pagi, mungkin sebab masih ber'dejavu' dengan GEMS yg membuatkan Nissa bangun awal. Mandi, solat dan terus bersiap-siap bukak lappy. Hati masih rindukan suasana di Mercy City dan famili Topaz.. Sekali lagi check email, masih kecewa jugak.. Xpelah, sabar jela. Kalau ada rezeki utk dapat placement internship tu ada la, kalau tak ada tu maknanya tak ada rezeki..
4/2/2013 - Masih ber'dejavu' lagi.. Dan kecewa bila xda dapat email yg ditunggu! Rutin harian diteruskan lagi. Aktiviti company jugak diteruskan secara on-line dgn famili Topaz yg lain.. Semakin menarik bila masing-masing bercerita tentang placement mereka, Nissa layankan jela sebab sekurang-kurangnya boleh berkongsi cerita.. Sekitar jam 6.20 petang pada hari kejadian, tengah syok tengok tv kan tiba-tiba je Nissa dapat call. Uish, nombor macam nombor pejabat je tp takkanlah orang pejabat tak balik lagi, ni kan dah petang?? Nissa masuk bilik dan jawab call tu. Sekali kena speaking daaa~~ Panggilan dari TalentCorp utk sesi interview tentang placement. Cakap cakap cakap dalam 15 minit, lepas tu habis sesi interview tu.. Sebelum habis sesi interview tu, encik yg berkenaan ada cakap kalau terpilih, tunggu email daripada pihak PMU (Placement Management Unit) GEMS sebab offer letter akan dikeluarkan oleh GMSB sendiri.. Okay, letak telefon dengan tersenyum.. Akhirnya ada jugak harapan utk dapat placement, cuma agak mustahil sebab TalentCorp kan.. Terus inbox famili Topaz sebab nk share cerita tu jela.. Malam tu Nissa borak dgn parents, "Kalau kakak dapat internship dekat TalentCorp, Damansara macam mana ya...??" Mama cakap, kalau ada kawan bolehla pegi, kalau tak ada tak payah pegi. Cari kerja kat sini je.." Nissa terus diam dan tak cakap apa-apa pun, sebab sedih. Pun tak cerita kat famili Topaz...
5/2/2013 - Tergerak hati nk check email walaupun dah pesan kat diri sendiri jangan bukak email, kalau tak nanti sendiri yg sedih.. Sekali bila dh bukak email, dapat dah satu email baru! Alhamdulillah.. Yeay, saya dah dapat placement kat TalentCorp!!! Terus share kegembiraan tu dgn parents dan famili Topaz.. Print out offer letter tu sebab nk baca dan nk mula mencari rumah sewa kat kawasan sekitar yg dekat dengan tempat kerja dan ada public transport jugak.. Malam tu, plan dgn Miss Ika sebab nk keluar sama-sama esoknya.
6/2/2013 - Belum mulakan misi mencari rumah sewa lagi sebab hari ni ada date dengan Miss Ika dan Mr Moza.. Jangan tak tau yg ni first time Nissa keluar jalan-jalan dengan kawan, sebelum ni dgn parents dan adik-adik je kan.. Best sgt sebab dapat hang-out dengan diorang, sporting habis.. Dh habis tengok movie "Parker", pegi karok pulak pastu baru pegi makan. Itu pun Nissa makan berdua je dgn Miss Ika sebab Mr Moza dah nk balik..
Sampai sini lah dulu, next entri Nissa baru sambung ya..
p/s: Kalau nk tau apa itu TalentCorp, klik sini tau:)
4 comments:
Tahniah Nissa=)
bukan senang dapat TalentCorp..u re so lucky(^_^)
Thanks Miss Nadrah eh, Faeza panggil Kak Nad je kan?
Lucky tu tolak tepi dulu kak yg penting time internship nanti Nissa kena perform sungguh2 walaupun kita ni cuma intern shj.. (:
sedih part 4/2 tu...yg pasal klau xde kawan, xpyh pegi...seriusly awal2 sedih nokk!! ditambah lg ngn background music awak tuh...=D
Sedih kan Ika, sebab tu xnak fikir benda lain dah.. Nk wt tbaik utk intern nanti ni.. Chaiyok!! Chaiyok!!
p/s: sy sygkan kamu n Topazian :)
Post a Comment