About Me

My photo
♥Nissa ♥Sweet 24 ♥There is only one happiness in life, to love and be loved♥

Saturday, February 9, 2013

Braces oh Braces #1

السلام عليكم
 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم


Selepas 6 bulan Nissa bergelar 'Si gigi besi' baru hari ni Nissa rasa nk 'publish'kan cerita tentang Nissa & gigi besi ni.. Sebenarnya dah lama dah Nissa berniat nak pakai braces a.k.a. pendakap gigi ni disebabkan keadaan gigi Nissa yg tidak teratur (Mungkin akibat terlebih kalsium, maka gigi saya tumbuh dgn gembiranya sedangkan ruang gusi adalah terhad utk mereka..)
Kisahnya bermula bila ayah kesayangan Nissa sakit gigi dalam perjalanan menghantar adik pulang ke asrama (Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah). Padahal baru berapa minit je bertolak dari rumah kan. Dijadikan cerita, ayah dan mama terjumpa satu klinik pergigian keluarga di Bukit Katil, Melaka. Makanya dari situ pulak timbul isu utk pakaikan Nissa braces.  Ok lah, saya layankan saja.. Bila dah set tarikh utk buat X-ray dan cetak modul gigi, pemasangan braces pun bermula. Oh ya, doktor yg incharge Nissa sepanjang tempoh pemakaian braces ni Doktor Farid namanya.. Sgt baik dan prihatin terhadap penerima rawatan orthodontic ni :)


26/9/2012 - Jumpa dentist, buat X-ray dan cetak modul gigi. Set tarikh utk next appointment


Jeng





Jeng





Jeng...
Ok, saya dah cabut gigi..
27/9/2012 - Selamat tinggal pada dua batang gigi sebelah kanan.. Dalam satu hari, kena cabut dua batang gigi sekali gus, satu atas dan satu kat bawah.. Sangat sedih sebab dua-dua gigi tu masih comel dan sihat.. Xpelah, nk dapatkan gigi yg tersusun rapi kenalah ada pengorbanan sikit kan.. Mujur xda rasa sakit pun, cuma terasa time kena bius tu jela.. Utk gigi atas, sampai 4 kali kena bius.. Dah cabut gigi, balik rumah dan rehat-rehat.. Kena tunggu next appointment pulak utk pasang braces

Lepas pasang braces terus snap gambar utk kenangan :P
30/9/2012 - Lepas tiga hari cabut gigi yg berkenaan utk beri ruang dan laluan pada gigi lain utk nampak lebih teratur, inilah masanya utk bonding gigi dan dipakaikan bracket. Xdapat bayangkan betapa takutnya perasaan masa tu kan.. Alhamdulillah, sepanjang prosedur cabut + bonding + pemakaian braces tu, Nissa xda pulak demam atau rasa sakit.. Untuk bulan yg pertama, ELB (elastic ligature band) yg Nissa guna warna purple & pink.. Sebab apa Nissa pilih warna tu pun Nissa tak pasti, agaknya sebab tengah demam colour block masa tu kan...


Jom kita tengok anggaran perbelanjaan utk kos rawatan orthodontic ni ya kawan-kawan:


Deposit : RM600
Bayaran utk rawatan bulanan : RM150
Kalau nk tahu total kos berapa, nanti kiralah sendiri.. Hehehe~~~



Ok lah, entri utk braces oh braces berhenti disini dulu ya..
Nantikan entri braces yg seterusnya





p/s: Sayangilah gigi anda








Salam sayang, 

 

7 comments:

Al-Adaweeya said...

salam..klinik ni sederet dengan kedai mamak infasha maju tu ke? total pakai bracen ni brape ribu ek?tq;)

Al-Adaweeya said...

so far pakai..ok x?

nissa elhumaira akmal said...

wkmsalam al adaweeya : yup kat situ la klinik yg sy pegi.. total cost around 4k :)

nissa elhumaira akmal said...

so far alhamdulillah, ok sgt..
makin bahagia bila perubahan pg gigi dh nmpk ketara sgt

getting better and make me proud to give a smile :D

Anonymous said...

HAi..nk tye..rawatan braces ni sekali ngn xray kat klinik tu atau kena g xray kat privete hspital

nissa elhumaira akmal said...

Hai si Anon,
Depends pada klinik.. mcm klinik yg ni kebetulan pulak masa nk buat rawatan tu, mesin x-ray baru rosak.. jd tpaksa la sy x-ray kt private hospital (sy pegi mahkota medical centre je...) xmahal pun kos utk x-ray, rm50 je kalau xsilap :D

Anonymous said...

mahal nyyeee ..