About Me

My photo
♥Nissa ♥Sweet 24 ♥There is only one happiness in life, to love and be loved♥

Tuesday, February 19, 2013

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah semasa Internship #1

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Alhamdulillah, semalam (18/02/2013) Nissa dah selamat melaporkan diri di TalentCorp Malaysia, Surian Tower sebagai intern dari GEMS.. Bersyukur sangat sebab ditempatkan kat sini, biarpun sbg intern shj tp insyaAllah Nissa akan cuba utk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman semasa tempoh internship ni.. Kalau ada rezeki, mungkin Nissa dapat terus keja kat sini.. Doa-doakan lah ya ;)
 
  Access card saja, ID card belum dapat lagi..
18/02/2013 – Nissa bangun awal2 pagi sebab excited nk mulakan hari pertama internship.. Nasib baik lah malam tu boleh tidur lena jugak, kalau tak mungkin Nissa bangun dalam keadaan yg masih mengantuk lagi agaknya.. Hari ni kak Q ajar macam mana nk naik bas dari rumah ni sampai dekat depan bangunan Surian Tower. Ok lah, Nissa naik bas aje sebab dekat sangat dengan rumah, kalau lagi rajin Nissa jalan kaki jelah kan.. Nk cukupkan 10, 000 langkah sehari, kenalah banyak berjalan.  Sepatutnya kena ada kat Surian Tower sebelum pukul 8.30 pagi sebab kena report duty pada pukul 8.30 pagi kan tp disebabkan eksaited sangat, pukul 8.00 pagi Nissa dah sampai kat situ. Lepas dh report duty, Nissa dan kak Dya (sama-sama intern dr GEMS, dulu kak Dya ni CEO Ruby tau) diperkenalkan pada semua staff kat TalentCorp.. Pergh, semuanya berhabuk cakap English! Omaiii, mulalah Nissa berdebar-debar sebab kena speaking la kan sebab intern kat sini.. Dh dapat workstation masing-masing dan dah dapat supervisor jugak. Ok, supervisor Nissa sangat baik orangya, soft spoken jugak dan sangat prihatin pada Nissa, ha nama supervisor Nissa ni Albert..Yg lawaknya Albert ni punya kalut bila Nissa dan kak Dya kadang-kadang tersasul panggil dia ‘Sir Albert’, pastu dia banyak kali ulang, “Oh dear, please don’t call me Sir Albert, just Albert ya..” Sukanya sebab dia suka bagi coklat! Terima kasih ya Albert!! Hari pertama masuk kerja ni macam biasalah, tak ada kerja kan. Okay, Nissa cuma jadi pemerhati je pada hari Isnin (padahal dalam hati sebenarnya rasa macam dh tak tenang sebab tak bergerak buat kerja apa pun! Jiwa memberontak tiba-tiba..) Hari ni jugak dapat macam-macam barang amanah dari company, 1) access card 2)laptop 3)email id sendiri dgn ada nama company kat belakang tu 4)stationary 5)peti besi! (sebenarnya laci kat bawah meja tu je.. Nissa panggil peti besi sebab besar sangat lacinya..hohoho) 6)buku bedtime story pasal TalentCorp Malaysia.. Oh ya, masa lunch hour tu Nissa tak keluar pegi makan pun sebab kak Dya bawak bekal, ya ampun rezeki jangan ditolak (segan sebenarnya sebab masa kat GEMS site Mersing dulu, xkenal rapat pun dgn kak Dya ni)… Lepas kitorang lunch tu, CEO TalentCorp iaitu Mr Johan Mahmood Merican yg kacak, bergaya, tampan, tinggi lagi gebu tu kan menyapa kami kat pantry.. Finally I can met him face to face, biasanya tengok dalam tibi je kan, nah hari ni dapat tengok depan-depan mata.. Lepas lunch hour tu, kami sambung ‘observation’ kami jelah kat cubical sendiri.. Nissa duduk sebaris dgn kak Dya Cuma kami dipisahkan oleh Albert je. Kiranya Albert diapit oleh dua kuntum bunga la.. Hehehehe…
 Ha, tula kak Dya.. Dia under unit Finance..
Disebabkan quick update dari draft yg sedia ada, nk tunjuk jugak workstation Nissa kan
19/2/2013 – Masih belajar tentang apakah itu TalentCorp Malaysia, core values, business nature, plan yg berkaitan dan sebagainya.. Masuk hari kedua ni Nissa dh semakin mahir gunakan Microsoft Lync dan Microsoft Outlook tu.. Maaf cakap la ek, sebelum ni jarang dapat guna dua software ni.. Xda sangat benda yg menarik nak diceritakan, masih belajar dan masih perlu cari pengalaman… dan yg pasti Nissa dh cuba ‘show-off’ semua skills tentang project management dan Microsoft Excel yg Nissa penah belajar. Kiranya tak sia-sia jugak belajar Office System Management ni, kat mana-mana company pun akan gunakan skill and knowledge yg sama.. Oh ya, memang rezeki Nissa agaknya bila pegi mana-mana company sama ada utk kerja atau intern je kan, staff dalam company suka buat makan-makan.. Hari ni ada birthday party staff, diorang ajak makan sekali, join jelah..
 Ni lah buku bedtime story Nissa yg terbaru.. Hehehe
20/2/2013 – Hari ni tak ada kerja sebab Albert takda kat office, dh email Tanya pasal kerja apa yg Nissa kena buat hari ni tp dia Cuma reply “Just sit back and relax”.. Ok, jadi hari ni sy melangut jelah dalam office. Ini tidak boleh terjadi, konfem sampai petang nanti dh mati kutu sebab tak tahu nk buat apa kan lagi-lagi bila diri ni seorang yg tak boleh duduk diam.. Sebelum Nissa boleh “Just sit back and relax”, update dan review semula pivot table dan pivot chart yg semalam dh bincang dengan Albert sebelum boleh email pd dia.. Disebabkan bosan, Nissa pun online jela sambil men’submit’ resume kat mana-mana company yg tengah ada kekosongan jawatan yg bersesuaian dgn background study Nissa ni.. Siyes lah hari ni sangat membosankan!!! Tiba-tiba je kan adik receptionist, Mia namanya panggil Nissa sebab dia nk mintak tolong jagakan reception sekejap sementara dia ada meeting rumah sukan.. Ha, jangan tak tau kat TC ni pn ada rumah sukan jugak tau.. Masa Mia tengah meeting tu la Nissa tolong handle incoming phone call kat TC.. Hohoho, best jugak kerja menjawab call orang ni rupanya! Habis je tolong jaga reception, masuk balik kat dlm office.. Elok je Nissa duduk tgk dpt email dari sorang staff ni dia ajak join celebrate birthday party staff TC lagi utk hari ni.. Yo, makan-makan free lagi hari ni! Boleh bambam Nisssa kalau sampai 6 bulan ni asyik makan free dan sedap-sedap je kan..
21/2/2013 – Oyeah, hari ni Albert ada kat office! X sabar nk buat kerja yg dia bagi.. Okay, hari ni dapat kerja yg Nissa suka sebab banyak menaip.. Tak critical thinking sangatlah sebab Cuma buat pivot chart dan pivot table je dari data-data yg dia bg.. Dah siap, boleh balik.. Alamak, semuanya dh siap hari ni la.. Habis tu esok nk buat apa?? Hmmmm, bosannya esok ni kalau tak ada kerja yg nk dibuat..
22/2/2013 – Nissa dalam rumah biru, SUPER SONIC!! Hari ni kitorang ada Laser Tag Tournament, lokasi sekitar Surian Tower.. Nissa memang suka interprem kan, jd join lah walaupun sport shoes tak bawak pun dari rumah. Xpelah insyaAllah minggu depan balik rumah sebab ada appointment dengan dentist, boleh bawak sport shoes dari rumah je..
Kisah internship ni akan bersambung lagi ya.. Babai!
p/s: Berharap agar hari yg mendatang lebih baik dari hari yg sebelumnya
Salam sayang,
Nissa-elhumairaAkmal

Friday, February 15, 2013

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah sebelum Internship #3

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Entri kali ni pendek je berbanding entri sebelum ni kan, sebab Nissa tengah sibuk lagi mengemas barang utk esok sebelum bergerak ke Damansara.. InsyaAllah kalau ada masa nanti Nissa update lagi kisah tentang sebelum, semasa dan selepas internship ni ya.. Tadi sempatlah Nissa call pihak TalentCorp utk bertanyakan tentang department mana Nissa akan ditempatkan sepanjang tempoh internship nanti tp encik yg incharge Nissa tak berapa pasti pulak.. Semuanya akan diketahui hari Isnin nanti selepas report duty. Oh yeah, semakin berdebar pulak rasanya.. Xpe, bersabarlah sikit sebab semuanya akan lebih jelas pada hari Isnin jugak. Chaiyok!! Chaiyok!!

p/s: Tak lupa jugak Nissa nak ucapakn semoga berjaya dalam menjalani internship ni buat semua GEMMIES SMM07C. Be proud to be one of the GEMMIES!


"Once we're there, humble ourselves
Taking deep breaths, to face new day
Together we stand and pray to be blessed 
Leaders of tomorrow, we're here to stay"



Salam sayang,

 

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah sebelum Internship #2

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


7/2/2013 - Misi mencari rumah / bilik sewa di sekitar Mutiara Damansara pun bermula.. Nissa memulakan misi tu dengan semangat sebab tak sabar nak cari pengalaman semasa intern tu sebenarnya.. Dengan menggunakan Mr. Google, dapatlah dua-tiga senarai bilik sewa.. Harga pun boleh tahan jugak lah kan, maklumlah menyewa di bandar memang kadar harga dalam RM250 - RM500 utk sebulan kan..
8/2/2013 - Misi diteruskan pada hari kedua.. Bila dah dapat contact tanya pasal bilik, semua bilik yg berdekatan Mutiara Damansara dh x ada yg kosong lagi.. Sedikit kecewa lah pada masa tu kan.. Xpelah, slow-slow je cari mana tahu akan jumpa dgn bilik yg sesuai..

9/2/2013 - Hari ketiga misi pencarian bilik sewa, masih tiada harapan.. Rumah /bilik sewa kat sana laku sangat macam pisang goreng sebab tu susah nk mencari bilik sewa dalam masa yg singkat ni kan.. Xpelah, Nissa redha je..

10/2/2013 - Hari keempat misi pencarian bilik sewa.. Oh ternyata umpama mencari permata yg hilang kot! Semangat makin pudar, lagi-lagi bila terpaksa jadik lone ranger kan.. Xpelah, masih ada harapan.. Teruskan jelah misi pencarian bilik sewa pada hari berikutnya..

11/2/2013 - Hari ni kena jugak mencari bilik sewa, dengan bantuan Mr. Google, Mr. Mudah.my dan Mr. ibilik.my!! Nissa tak boleh buang masa lagi sebab tinggal lagi seminggu je sebelum report duty pada 18/2/2013.. Jenuh sangat nak cari bilik sewa ni apesal la kan.. Dan dengan bantuan seseorang ni, dia bagi contact number kawan-kawan perempuan dia yg duduk sekitar Kota Damansara.. Ok lah, terus Nissa topup lagi kredit sebab kredit pun dah kering kan asyik call orang sana-sini sebab bertanyakan hal bilik sewa.. Alhamdulillah dah dapat satu bilik sewa yg agak dekat dengan Mutiara Damansara, bila dah deal pasal bilik sewa tu terus rasa lega sangat..

12/2/2013 -  Relaks saja lepak di rumah, maklumlah bukan selalu dapat rasa macam ni kan.. Home sweet home gitu. Kepala Nissa pun dah xdalah serabut sangat memikirkan pasal bilik sewa.. Tunggu hari je nak pergi masuk bilik tu nanti.. Rasa bersemangat semula!! Tiba-tiba je Nissa dapat berita buruk bila orang yg deal pasal sewa bilik tu bagitahu yg bilik tu dh ada orang masuk.. Omgee!! Apekah semua ni?!?!?! Terus Nissa rasa macam nk pengsan sebab Nissa langsung tak ada backup plan utk bilik sewa ni.. Terus rasa sedih semula. T_T Yelah kita dh konfirmkan dengan dia pasal bilik sewa tu, tapi boleh pulak dia sewakan pada orang lain. Alasannya sebab orang tu dh terus datang dan bayar cash money! Heyyy~~ Memang angin jugak lah Nissa time tu kan tp nasib baik boleh bertenang lagi sebab fikir mungkin ada hikmah kot Nissa tak dapat menyewa kat situ.. SEDIH dan GERAM!! Terus Viber kat group Topaz share tentang bad news ni kan.. Diorang semua terus pujuk Nissa jangan cepat putus asa dan Min tolong jugak cari bilik sewa dgn menggunakan khidmat Mr. Google sebab hari-hari chat dgn Nissa ni mesti ada topik pasal sewa bilik je kan.. Mana tak nya, sebab Nissa cakap kalau tak sempat cari bilik sewa yg terdekat dengan tempat intern tu Nissa taknak pegi intern.. Dalam hati, "Mungkin jadi macam ni sebab parents tak restu utk Nissa pegi intern kat situ agaknya..." Duduk dalam bilik sorang-sorang, terus menghadap lappy.. Fokus, fokus, fokus cari bilik sewa tu Nissa.. Hmmmm, nasib baik famili Topaz terus bagi semangat, oh tak lupa jugak Miss Faeza! Kalau tidak mungkin semangat tu terus hilang dan Nissa amik keputusan nk withdraw dari GEMS utk part 2 nanti..
   
13/2/2013
- Nissa bangun awal pagi jugak sebab mencari bilik sewa lagi kan.. Hari ni mungkin ada harapan.. Keep searching & GOOGLEing dari pagi sampai petang.. Bila petang tu ternampak satu iklan kat Mudah.my yaww.. "Wow, iklan baru ni.. Mungkin ada harapan" Nissa pun amik nombor kat dalam iklan tu, terus SMS. Bila fikir yg mungkin SMS je takkan di reply, Nissa pun terus call.. Masa call tu Nissa cakaplah yg kalau boleh nak duduk berdua (dengan Kak Nasd) lagipun kalau diikutkan master bedroom tu agak besar dan muat utk dua orang kan. Tp sayangnya orang kat rumah tu cuma nk seorang je. Xpelah, Nissa pun tak berani nk deal apa-apa.. Bila malam sikit orang tu bagitahu yg dh ada orang lain pulak booking bilik tu.. Hurmmm, sekali lagi air mata mengalir.. "Kenapalah dugaan kali ni terus datang je?? Mungkin ada salah Nissa kat mana-mana agaknya.." Terus ber'Viber' dengan famili Topaz, dh jadik habit bila ada apa-apa je terus nk share dgn mereka.. Sambil-sambil tu terus mencari iklan bilik sewa lagi.. Dah dapat beberapa bilik sewa yg ada potensi, terus SMS orang yg berkenaan (bila malam tak berani nk call, jadi Nissa SMS jelah tanya pasal bilik). Tak payah tunggu reply malam ni lah, mungkin esok akan ada jawapan dari orang yg berkenaan kan :) Tidur dengan penuh harapan.. 
      

14/2/2013 - Pagi lagi dapat SMS, "Room still available. When u want come to view the room?" Nissa cepat-cepat reply, "Where is the exact location of the room? Is there any public transport that can reach to TalentCorp? I will come on this Saturday". Lepas SMS berjela-jela dan Nissa terus call utk konfirmkan bilik sewa tu, Nissa terus deal dan disebabkan taknak pisang berbuah dua kali, Nissa terus request utk bayar deposit bilik tu.. Nasib kakak T sangat baik hati dan memahami, dh dapat details utk bayar deposit bilik sewa tu, Nissa pun terus pegi bank in utk deposit.. Alhamdulillah, semuanya selesai. Hari Sabtu nanti baru nak ke sana, terus masuk bilik sewa dan amik kunci.. Yg seronoknya, rumah fully furnished, sewa bulanan pun dah termasuk bil api, air dan Internet punya bil, cuma bilik tu agak kosong dan kakak T pesan supaya bawak spare tilam atau toto in case nak tilam empuk umpama tilam Vono gitu.. Xpe kak, jangan risau sebab Nissa kalau boleh apa yg ada kat rumah sendiri ni semuanya Nissa nk angkut bawak pegi sana.. Bersyukur sangat sebab bilik sewa ni pun dekat jugak dengan Menara Surian, Mutiara Damansara.. Hohoho~~~

Lesson learn: Jangan cepat mudah putus asa. Selagi mampu utk berusaha mencapai sesuatu tu, insyaAllah ada jalannya. Tetapkan objektif dan yg penting nk buat sesuatu perkara mestilah menggunakan kaedah S.M.A.R.T. jangan selalu nak buat K.I.S.S. aje. Ini baru sikit je kot dugaan dariNya sebelum Nissa memulakan internship ni.. Masa yg akan datang mungkin ada lagi dugaan lain, siapa yg tahu kan..


p/s: Semoga Nissa kuat dan tabah sepanjang tempoh internship nanti :)
p/s: Barang tak siap packing lagi ni!! Siapa nk tolong Nissa packing barang nanti ni??


Salam sayang,
 

Thursday, February 14, 2013

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah sebelum Internship #1

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Tinggal berapa hari je lagi kan nak mula internship. Nissa dapat intern kat TalentCorp Malaysia Berhad, kat Mutiara Damansara, Petaling Jaya... Utk internship ni sangat mencabar sebab jauh dari keluarga, nak tak nak kenalah jugak berdepan dgn semua cabaran sorang-sorang kan, peluang hanya datang sekali.. Kalau tak, sampai bila Nissa takkan keluar dari 'comfort zone', bak pesanan CEO Topaz Ace Corporation kat Nissa "Challenge Yourself".. Baiklah Mr. Zhafran, kali ni memang Nissa akan mencabar diri Nissa pun sebab tu gagahkan jugak diri ni utk pegi internship kat TalentCorp yg akan bermula pada 18 Februari 2013.. Jadik lone ranger pun lone ranger lah, sebab kalau nk bergantung sangat pada orang lain sampai bila pulak kan.. Berharap akan dapat macam-macam pengalaman dan sekaligus dapat peluang pekerjaan jugak! ^_^

Kisah internship bermula pada hari last 1/2/2013 kat Mercy City, bila Faeza cakap yg dia dah dapat intern kat Maju Holdings Sdn. Bhd. Nissa je tak dapat lagi email pasal internship pun macam mereka. Tersangatlah sedih masa tu sebab kawan lain dah dapat placement mereka kan.. Syok la orang lain dah tau placement diorang kat mana, boleh dah mula cari rumah sewa, survey kawasan, cuba naik public transport yg ada.. Cakap dalam hati "Tak apelah, saya redha je andai tak dapat placement, mungkin ada hikmahnya nanti. Bersyukur sebab berjaya jugak habiskan part 1 GEMS dan jumpa ramai kawan baru, keluarga baru jugak .."
2/2/2013 - Bangun pagi, lepas solat Subuh terus on lappy sebab nk check email.. Tp hampa jugak sebab takda pun email dari GEMS Secretariat.. Bila bukak FB, tengok dekat FB Topaz Ace Corporation dan GEMS SMM07C, diorang dah mula pakat-pakat cari rumah sewa utk diorang duduk sepanjang intern nanti. Okay, saya mengaku saya sangat cemburu pada masa tu! Hari ni saya kecewa lagi..

3/2/2013
- Rutin harian bermula seawal jam 5.30 pagi, mungkin sebab masih ber'dejavu' dengan GEMS yg membuatkan Nissa bangun awal. Mandi, solat dan terus bersiap-siap bukak lappy. Hati masih rindukan suasana di Mercy City dan famili Topaz.. Sekali lagi check email, masih kecewa jugak.. Xpelah, sabar jela. Kalau ada rezeki utk dapat placement internship tu ada la, kalau tak ada tu maknanya tak ada rezeki..



4/2/2013 - Masih ber'dejavu' lagi.. Dan kecewa bila xda dapat email yg ditunggu! Rutin harian diteruskan lagi. Aktiviti company jugak diteruskan secara on-line dgn famili Topaz yg lain.. Semakin menarik bila masing-masing bercerita tentang placement mereka, Nissa layankan jela sebab sekurang-kurangnya boleh berkongsi cerita.. Sekitar jam 6.20 petang pada hari kejadian, tengah syok tengok tv kan tiba-tiba je Nissa dapat call. Uish, nombor macam nombor pejabat je tp takkanlah orang pejabat tak balik lagi, ni kan dah petang?? Nissa masuk bilik dan jawab call tu. Sekali kena speaking daaa~~ Panggilan dari TalentCorp utk sesi interview tentang placement. Cakap cakap cakap dalam 15 minit, lepas tu habis sesi interview tu.. Sebelum habis sesi interview tu, encik yg berkenaan ada cakap kalau terpilih, tunggu email daripada pihak PMU (Placement Management Unit) GEMS sebab offer letter akan dikeluarkan oleh GMSB sendiri.. Okay, letak telefon dengan tersenyum.. Akhirnya ada jugak harapan utk dapat placement, cuma agak mustahil sebab TalentCorp kan.. Terus inbox famili Topaz sebab nk share cerita tu jela.. Malam tu Nissa borak dgn parents, "Kalau kakak dapat internship dekat TalentCorp, Damansara macam mana ya...??" Mama cakap, kalau ada kawan bolehla pegi, kalau tak ada tak payah pegi. Cari kerja kat sini je.." Nissa terus diam dan tak cakap apa-apa pun, sebab sedih. Pun tak cerita kat famili Topaz...
5/2/2013 - Tergerak hati nk check email walaupun dah pesan kat diri sendiri jangan bukak email, kalau tak nanti sendiri yg sedih.. Sekali bila dh bukak email, dapat dah satu email baru! Alhamdulillah.. Yeay, saya dah dapat placement kat TalentCorp!!! Terus share kegembiraan tu dgn parents dan famili Topaz.. Print out offer letter tu sebab nk baca dan nk mula mencari rumah sewa kat kawasan sekitar yg dekat dengan tempat kerja dan ada public transport jugak.. Malam tu, plan dgn Miss Ika sebab nk keluar sama-sama esoknya.
6/2/2013 - Belum mulakan misi mencari rumah sewa lagi sebab hari ni ada date dengan Miss Ika dan Mr Moza.. Jangan tak tau yg ni first time Nissa keluar jalan-jalan dengan kawan, sebelum ni dgn parents dan adik-adik je kan.. Best sgt sebab dapat hang-out dengan diorang, sporting habis.. Dh habis tengok movie "Parker", pegi karok pulak pastu baru pegi makan. Itu pun Nissa makan berdua je dgn Miss Ika sebab Mr Moza dah nk balik..
Sampai sini lah dulu, next entri Nissa baru sambung ya..
p/s: Kalau nk tau apa itu TalentCorp, klik sini tau:)

Salam sayang, 

 

Wednesday, February 13, 2013

Like GEMStones Beautiful and Priceless #2

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 Seperti yang dijanjikan, untuk entri kali ni Nissa nk cerita sedikit tentang  TOPAZ! Nampak macam materialistik sangat kan sebab sebut GEMS dan TOPAZ tu?? Ha, itu belum sebut tentang GEMS yg lain iaitu RUBY, EMERALD, SAPPHIRE, PEARL, AQUAMARINE & DIAMOND..Terus jela cerita sikit pasal TOPAZ sebab I'm on of the TOPAZIAN.
First impression Nissa bila dapat satu group dgn family TOPAZ ni, omgee hampir 60% daripada family TOPAZ ni adalah orang yg hebat sebab background of study mereka adalah sains! Ada yg amik course Analytical and Environmental Chemistry, Forestry Science, Applied Science (Conservation and Management of Biodiversity), Agrotechnology (Postharvest Technology) dan ada lain-lain tu tak ingat sangat lah (Maaf cakap la ek, ni pun tergeliat dh tangan Nissa menaip nama course diorang..) Oh, terasa sangat kerdil diri Nissa pada masa tu, cuma ada berapa orang aje yg ada background of study dalam Business Management & Business Administration..
 

Topaz Ace Corporation bermula dengan tenaga kerja seramai 30 orang pada mulanya, lepas tu ada yg keluar-masuk je kan.. At the end, tinggal 28 orang je kalau tak silap Nissa. Apa yg pasti once you are TOPAZIAN, you still the TOPAZIAN family! Sebab tu Nissa sayang ketat-ketat kat semua TOPAZIAN walaupun sempat kenal diorang semua dalam masa dua bulan aje tapi disebabkan hampir 18jam sehari kami bersama, tu yg membuatkan kami semakin menghargai sesama sendiri.. Oh ya, kalau Nissa nk cerita detail satu per satu tentang staff Topaz Ace Corporation ni memang akan panjang berjela-jela lah entri Nissa nanti.. Nk dipendekkan cerita, boleh terus ke entri Topaz #1 dan entri Topaz #2 kat blog Miss Ika ya.. Nasib baik dh mintak izin kat dia nk link kan aje utk entri kali ni :) Thanks Ika.

Macam biasa, Nissa suka nk tempek-tempek gambar aje.. A picture is worth a thousand words kan.. Layan jela gambar-gambar kenangan Nissa bersama Topaz!

Ni lah headband utk Topazian masa Sports Day @ Mercy City.. Jangan tak tahu masa sukan tu Nissa masuk Mercy City Amazing Race tau.. Menang kot, menanggung kekalahan dapat nombor 4 daripada 7..

Topaz Girls!!
Dengan Site Management Team (SMT) SMM07C
  
Program Corporate Social Responsibility (CSR) mini, sesi membersihkan sampah sarap di pantai
Module ketiga: English Business Writing (EBW)
Module Keempat: Persuasive Business Presentation (PBP) 
Module kelima: Dynamic Business Interpersonal Skills (DBIS)
Module keenam: Problem Solving and Critical Thinking (PSCT)
Module ketujuh: Business Management Appreciation (BMA)
Omgee, tiap-tiap hari Nissa belek folder gambar dgn Topaz tau.. Makin hari makin rindukan mereka semua.. Dan untuk dua minggu lepas dh terpisah ni, setiap hari kami akan pastikan yg kami contact.. Mujur sekarang ni zaman dh canggih, internet masing-masing di hujung jari je kan.. Kalau ada masa kami akan chat dekat FB je, tak cukup kat FB, kami meluaskan social networking kami ke Viber, Line, Whatsapp.. Kan Nissa dh cakap, mereka semuanya hebat dan yg bestnya ramai yg multitasker kot! Boleh chat kt FB, Viber, Line, Whatsapp dalam masa yg sama.. Dan yg terbaru pulak kami ber'Skype' secara group.. Maaf cakap la ek, Nissa ni sebenarnya bukanlah technology savvy punya orang kan, bila dh dipujuk oleh geng-geng Topaz ni utk create account utk Skype, barulah Nissa terkial-kial nk create account Skype tu kan padahal orang lain dh lama ada account sendiri.. Hahaha~~~

Apa pun terima kasih pada semua TOPAZIAN sebab selalu bagi semangat walaupun kita berjauhan kan.. Sayang TOPAZ ketat-ketat xoxo! Dan buat famili TOPAZ, kalau rindukan famili TOPAZ ni jangan pernah jemu utk mendoakan sesama sendiri ya. InsyaAllah satu masa nanti kita semua akan bertemu semula.  Bila semua dh berjaya nanti harap tak lupakan TOPAZ yg dah di'bentuk' kan dari GEMS SMM07C :)

p/s: Banyak gambar Ihsan dari Miss Syaza & FB Topaz Ace Corporation.. Terima kasih



Salam sayang,