Friday, February 20, 2009

Jom Jalan-jalan

Assalamualaikum w.b.t

Fuh,akhirnya pulang juga ke rumah selepas selesai belajar memandu buat jam yg kelima. Penatnya kaki ni tp bukan sebab kelas memandu td, ada sebab yg lain. Sebenarnya kelas memandu tersebut dh selesai pada jam 3.00 petang tetapi apabila sy jejakkan kaki kt rumah, mama cakap yg sy terlambat beberapa minit sahaja sebab ayah dan adik-adik baru sahaja bergerak ke Mahkota Parade (MP)

Huhuhu,sedihnya... =[

Mama segera menelefon ayah dan memberitahu ayah yg sy sudah sampai rumah dan kalau ayah boleh berpatah balik semula ke rumah untuk mengambil kami. Mama tanya, "Kakak nk ikut x diorang semua pegi MP?". Sy pn jwblah, "Mstilah kakak nk..."

Yea,akhirnya setelah hampir seminggu lamanya sy 'bertapa' di rumah, hari ni keluar juga utk berjalan-jalan. Sy ni memang suka berjalan tetapi sy bukan berjalan-jalan kosong saja,sy suka perhatikan ragam orang di pusat membeli belah tersebut. Ada yg keluar bersama keluarga (seperti mana keluarga sy sendiri), keluar bersama sahabat dan teman istimewa. Tetapi hati sy sedikit terkejut kerana melihat anak gadis yg mungkin hampir sebaya dgn sy ataupn mungkin lebih muda drpd sy, mengenakan pakaian yg tidak cukup kainnya. Kadangkala, sy tersenyum sendiri apabila membayangkan sy yg berpakaian sedemikian, "Oh tidak! Mesti mama dan ayah sy turut berasa malu sekiranya sy berpakaian namun mendedahkan bahagian yg tidak sepatutnya di khalayak ramai..."

Selepas puas berjalan-jalan di sekitar MP, "Alamak, sekejap lg sepatutnya Syamil habis waktu sekolah!" Rupa-rupanya sudah hampir jam 6.10 petang dan adik sy yg seorang lg akan pulang dr sekolah agama pd jam 6.15 petang, hampir terlupa pula yg dia ke sekolah agama. Apalagi, kami pun bergegas pulang dan terus mengambil Syamil di sekolah agama. Mujurlah perjalanan dr bandar Melaka ke rumah cuma mengambil masa dlm 10 minit saja.Fuhhh,nasib baik sempat dan kami selamat tiba di rumah.

Apabila sampai di rumah, sy terus mengerjakan solat Asar telebih dahulu sebab td tak sempat solat di surau MP kerana surau tersebut begitu sesak (rata-ratanya merupakan pekerja di MP). Alhamdulillah, sentiasa ada insan yg mengingati-Nya. Jd tak pelah, bg jela kemudahan dulu pd insan yg lebih memerlukannya, insyaAllah Nissa boleh bersolat di rumah...

Jeng...jeng...jeng...
Selepas selesai solat, Nissa terus tulis entri ni...
Hehehe, mungkin Nissa terlalu excited utk menulis entri terbaru agaknya...
=]

Ok,sekian saja buat masa ni...
Wassalam...


6 comments:

Fairuz Ashikin said...

Ops..

Awk gi belajar kul bape smlm?
Kat tmpt sy tak bole belajar selagi ujian JPJ belum habis.
Kul 5 lebih bary leh belajar.
Sy balik kul 6 lebih.
Bile ujian penilaian?

Psss.. bile nak add sy jd follower kat blog sy yg lg 1?

nissa elhumaira akmal said...

Smlm sy gi bljr kul 1.45 (nasib baik aunty tu faham yg sy perlu bersolat dulu)
Tp dh pusing2 kt jalan A & jalan C (jalan yg akan dlalui masa ujian JPJ nanti) cuma mengambil masa x lebih drpd sejam sebab kebetulan jalan tu sy dh pernah lalu, jd xdela msalah sgt...

Lepas dh siap pusing2 jalan tu, pergi me MSDC (Malacca Safety Driving Centre) buat yg basic punya (naik bukit, parking & three turn point)

Kt sini ujian penilaian diadakan selepas 6 kali menghadiri kelas memandu tu, insyaAllah sy punya ujian penilaian minggu depan sebab esok adalah kelas terakhir sebelum ujian penilaian...Klu dh lulus ujian penilaian, barulah boleh buat ujian dgn JPJ...

Blog awk yg mana pula ni???Awk ada 2 blog ke???

Fairuz Ashikin said...

Samela..saye pun dah 6 jam kena amik ujian penilaian. Harapnye, lulus la ujian penilaian ni.

Thanx dah add lagi 1.

Blog utk public ade 2.=)

nissa elhumaira akmal said...

Ok,ok...
Harap2 awk lulus...Begitu jg dgn sy...

Fairuz Ashikin said...

Insya-Allah..

nissa elhumaira akmal said...

Amin...