Thursday, February 26, 2009

Terapi Warna Untuk Kesihatan

SERINGKAH Anda merasa tubuh tidak enak? Bukan hanya tubuh, tetapi perasaan pun tak nyaman...

Hal semacam ini sering disebut mood. Tubuh anda sebenarnya tidak sakit, tetapi tidak ada keghairahan untuk melakukan sesuatu. Jangan terburu-buru berfikiran bahawa anda menderita sesuatu penyakit.

Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizikal, emosi, dan mental) manusia.Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh kelebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.

Warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia mampu membantu dalam proses penyembuhan semangat. Antaranya ialah :

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Warna: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin dalam tubuh anda.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
Warna: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu objek yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Atau cuba ubah “screen saver” komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa ketegangan.

ELAKKAN INSOMNIA
Warna: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna merah jambu (pink) .Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik…

CERIAKAN MOOD ANDA
Warna: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
Warna: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam tubuh badan.



No comments: