About Me

My photo
♥Nissa ♥Sweet 24 ♥There is only one happiness in life, to love and be loved♥
Showing posts with label Braces oh Braces. Show all posts
Showing posts with label Braces oh Braces. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Happy 1st Anibeseri to Missy Braceys

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Pejam celik, pejam celik... Rupanya dah genap setahun pakai braces ni.. Nampak gayanya lepas setahun bersama, kami makin serasi.. Cewah~~~

Oh ya, sejak mula bergelar wanita berkerjaya ni, dah tak terupdate pulak blog ni kan.. Maklumlah, demand kerja dan demand badan utk berehat mestilah seimbang!

 

Jeng jeng jeng!!

Mempersembahkan Missy Braceys selepas setahun (Ikutkan ada lagi 6 hari baru genap setahun)... Suka hati la nak tempek gambar sendiri kat blog sendiri kan...


Nah, hamik fresh from oven.. Pagi-pagi sampai ofis dah selalu dh buat keja mcm ni, camwhore sorang-sorang.. Nasib takde orang nampak..

 

 
Yg tudung biru ni masa pegi GEMS Alumni Networking launching last week..
 
 
 
Next appointment, insyaAllah weekend ni.. Tak tau la dentist nk pasang ape pulak kat gigi sebab dh lama dok pakai elastic ligature band je tanpa aksesori lain-lain kat bracket... Masih panjang lagi perjalanan Nissa dgn braces ni, harap2 gigi cepat la bagi kerjasama, dah tak sabar dh ni nak tangkap gambar sambil senyum tayang gigi yg tersusun rapi
 
 
Ok bai, dah nk mula buat kerja!! Selamat bekerja di hari Selasa yg indah.. Oh, I hate Tuesday!
 

 
p/s: Penat nk putihkan gigi, dah guna produk C****** tp tak putih berseri-seri macam dalam iklan tu pon... T___T


 


Monday, February 11, 2013

Braces oh Braces #3

  
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Jom kita teruskan sambungan untuk entri Braces oh Braces yg lepas.. Ni la akibatnya sebab selalu sangat simpan draft aje dalam blog tp xnak publishkan pun.. Masuk bulan kelima (5/1/2013) pakai braces ni dah nampak perubahan yg membanggakan pada gigi atas sebab dh nampak lebih teratur berbanding sebelum ni.. Tak sabar rasanya nak tengok perubahan gigi ni lagi :B 


ELB utk bulan kelima ni Nissa pakai warna turquoise + oren memandangkan pada 30/1/2013 tu Nissa ada GEMS SMM07C Corporate Dinner yg tema warnanya Green Jade! Xpelah, warna turquoise tu ala-ala warna jed kan.. Kira okay la tu kan..
 Oh my darling, with Faeza again.. Kebetulan tema warna kami pun lebih kurang sama je kan :)

 Oh Topazian Gemmies, you are so adorable! Dengan sebilangan Topazian family yg disayangi..

 Hari terakhir dengan ELB warna turquoise + oren..

Sebenarnya bagi bulan keenam ni appointment dh ditunda dari 3/2/2013 ke tarikh 4/2/2013 tp disebabkan 'demam GEMS' Nissa belum kebah lagi, akibatnya Nissa pun dgn sendirinya bermalas-malasan sgt malas utk berjumpa dgn dentist (monolog dalaman sorang-sorang: Tak apelah, tak payah pergi la bulan ni..Tunggu bulan depan punya appointment jela..)

Tiba-tiba pulak terfikir, kalau sebab sehari je nanti rosak semua plan utk bulan-bulan seterusnya pulak nanti. Okay, baiklah petang 6/2/2013 tu Nissa terus call klinik utk set appointment, kakak assistant kat klinik tu cakap xpayah nk set appointment baru, terus datang petang pada hari kejadian pun boleh sb dentist ada.. Petang tu jugak Nissa dh tukar ELB dan kena pakai powerchain utk gigi bawah! Oh ya, powerchain yg Nissa pakai warna putih jadi utk ELB gigi atas, Nissa pakai warna pink jela..
 

Muka bahagia saya bila dah tukar ELB dan archwire yg baru..

Bila dah pakai powerchain ni, ni la pengalaman pertama Nissa dapat rasa sakit sepanjang memakai braces.. Sebelum ni xpernah pun rasa sakit. Kalau dah sakit tak makan ke? What say you?? Why not? Yes, yes, yes!!  Ehh, harus makan jugak ya.. Kalau tak nanti perut lapar.. Hehehe~~~

Nak gigit budak-budak.. RaarwwwwR!!

Entri dah habis ditaip utk cerita braces dari bulan satu sampai bulan enam.. Next appointment Nissa 2/3/2013! Xsabar nk tunggu kejutan utk treatment yg akan datang.. Hahaha~~~ Nak tau apa akan jadi pada braces Nissa? Macam biasalah, tunggu next entri.. Sampai sini saja..



Salam sayang, 
 

Sunday, February 10, 2013

Braces oh Braces #2

السلام عليكم
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Sambungan cerita braces.. Alhamdulillah pada bulan kedua (28/10/2012) xda jugak masalah.. Cuma kadang-kadang tu masa tidur dapat rasa pergerakan gigi, walaupun xterlalu ketara tp Nissa dapat rasakan yg makin hari makin senget pulak keadaan gigi Nissa! Oh mannn, kenapakah jadi begitu? Okay, relaks saja sebab dentist ada bagitahu memang sepanjang pemakaian braces ni akan rasa pergerakan gigi ya..

 Masa awal-awal pakai braces nk senyum pun agak malu-malu lagi.. Nk cover gigi lah kononnya
 Cuba jugak senyum.. Tp bila senyum macam ni nampak macam tak ikhlas je kan..
 Tadaaa~~ Dah berani tayang gigi :)
Oh ya, utk bulan kedua ni kalau tak silap elastic ligature band (ELB) yg Nissa pakai semuanya berwarna pink.. Sebab pada bulan tu Nissa banyak hadiri interview utk kerja, macam tak professional pulak kalau ELB tu sakan berwarna-warni..
Utk bulan pertama, makanan rugi Nissa telah bertukar kepada mashed potato dan bubur nasi sahaja...
Jangan risau, semua tu berakhir bila masuk bulan yg ketiga, keempat dan kelima.. Bersyukur sangat sebab masih boleh menikmati makanan yg sedap walaupun sedang memakai braces ni.. 

 ELB bulan ketiga (8/11/2012) warna turquoise + pink! Yeay, Nissa suka kombinasi dua warna ni tau.
Kebetulan pulak warna tu kena sangat dengan warna baju konvo Nissa pada 2/12/2012 tu.. Lagi suka!
Off to work.. Masa ni ada semangat kerja lagi :)

Bulan keempat (8/12/2012), sehari sebelum Nissa mendaftarkan diri kat GEMS site SMM07C ada lagi appointment dgn dentist utk tukar ELB dan tukar archwire kepada yg lebih halus.. Tak nampak beza sangat pun sebab braces yg Nissa gunakan ni metal bukannya ceramic ya.. Bulan keempat ni pulak warna ELB dah bertukar dari warna pinkturquoise kepada warna pink + purple!
 Nampak tak warna braces warna pink + purple tu?
Masa bulan keempat ni keadaan gigi Nissa bertambah teruk bila gigi tu semakin senget dan cenderung utk bergerak ke arah kanan! Walaweyh, cuak kot, ntah macam mana rupa gigi pd masa yg akan datang ni nti??
Tp nk cuak sgt pun kenapa, semua ni akan ambik masa kan.. Jadi bersabar jelah dan hargai setiap masa bersama gigi besi ni, nanti bila dah bukak konfirm akan rindukan dia :P

Animated Graphics, Cute Graphics, Cute Animated Graphics

Ok, sampai sini dulu utk entri Braces oh Braces.. Akan bersambung pada entri yg seterusnya..




Salam sayang, 
 

Saturday, February 9, 2013

Braces oh Braces #1

السلام عليكم
 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم


Selepas 6 bulan Nissa bergelar 'Si gigi besi' baru hari ni Nissa rasa nk 'publish'kan cerita tentang Nissa & gigi besi ni.. Sebenarnya dah lama dah Nissa berniat nak pakai braces a.k.a. pendakap gigi ni disebabkan keadaan gigi Nissa yg tidak teratur (Mungkin akibat terlebih kalsium, maka gigi saya tumbuh dgn gembiranya sedangkan ruang gusi adalah terhad utk mereka..)
Kisahnya bermula bila ayah kesayangan Nissa sakit gigi dalam perjalanan menghantar adik pulang ke asrama (Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah). Padahal baru berapa minit je bertolak dari rumah kan. Dijadikan cerita, ayah dan mama terjumpa satu klinik pergigian keluarga di Bukit Katil, Melaka. Makanya dari situ pulak timbul isu utk pakaikan Nissa braces.  Ok lah, saya layankan saja.. Bila dah set tarikh utk buat X-ray dan cetak modul gigi, pemasangan braces pun bermula. Oh ya, doktor yg incharge Nissa sepanjang tempoh pemakaian braces ni Doktor Farid namanya.. Sgt baik dan prihatin terhadap penerima rawatan orthodontic ni :)


26/9/2012 - Jumpa dentist, buat X-ray dan cetak modul gigi. Set tarikh utk next appointment


Jeng





Jeng





Jeng...
Ok, saya dah cabut gigi..
27/9/2012 - Selamat tinggal pada dua batang gigi sebelah kanan.. Dalam satu hari, kena cabut dua batang gigi sekali gus, satu atas dan satu kat bawah.. Sangat sedih sebab dua-dua gigi tu masih comel dan sihat.. Xpelah, nk dapatkan gigi yg tersusun rapi kenalah ada pengorbanan sikit kan.. Mujur xda rasa sakit pun, cuma terasa time kena bius tu jela.. Utk gigi atas, sampai 4 kali kena bius.. Dah cabut gigi, balik rumah dan rehat-rehat.. Kena tunggu next appointment pulak utk pasang braces

Lepas pasang braces terus snap gambar utk kenangan :P
30/9/2012 - Lepas tiga hari cabut gigi yg berkenaan utk beri ruang dan laluan pada gigi lain utk nampak lebih teratur, inilah masanya utk bonding gigi dan dipakaikan bracket. Xdapat bayangkan betapa takutnya perasaan masa tu kan.. Alhamdulillah, sepanjang prosedur cabut + bonding + pemakaian braces tu, Nissa xda pulak demam atau rasa sakit.. Untuk bulan yg pertama, ELB (elastic ligature band) yg Nissa guna warna purple & pink.. Sebab apa Nissa pilih warna tu pun Nissa tak pasti, agaknya sebab tengah demam colour block masa tu kan...


Jom kita tengok anggaran perbelanjaan utk kos rawatan orthodontic ni ya kawan-kawan:


Deposit : RM600
Bayaran utk rawatan bulanan : RM150
Kalau nk tahu total kos berapa, nanti kiralah sendiri.. Hehehe~~~



Ok lah, entri utk braces oh braces berhenti disini dulu ya..
Nantikan entri braces yg seterusnya





p/s: Sayangilah gigi anda








Salam sayang,