About Me

My photo
♥Nissa ♥Sweet 24 ♥There is only one happiness in life, to love and be loved♥
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

Review: Tony Moly Lip Tint

 Sangat-sangat jatuh cinta dengan Tony Moly Lip Tint sekarang ni!
Sebab bila pakai TMLT ni macam tak pakai apeape pn, teksture sangat ringan okeh :)
Bila pakai nampak natural je, xdela bibir terasa melekit bila pakai lip balm bagai tu...


Gambar dari Encik Google ye



Serius, benda cinonet ni kena ada dalam beg masing-masing ye sb hasilnya memang best!
Dah la packaging nya comel sangat...
Dalam masa yg sama TMLT ni pon boleh jugak jadikan blusher, kalo dh xsempat nk tepek blusher dot dot dot kan aje tint ni kat pipi pastu blendkan pakai jari/span... Senang je tp hasilnya tersangatlah SUPERB!!!

Gambar ni kredit dari Encik Google jugak~~~

Haha, nk jugak letak gambar bibir sendiri walaupun tak secantik bibir model kat atas tu nokk...
Yg paling kiri tu bibir natural, xde pakai apeape...
Yg tengah tu pulak Nissa pakai Tony Moly Lip Tint Red Apple...
Yg kanan tu baru pakai Tony Moly Lip Tint Pink Cherry...
Mungkin tak nampak sangat perbezaannya tp anda kena cuba sendiri baru tahu ape yg best! Oh ye, lagi satu mungkin sebab Nissa letak satu dot aje kat bibir... Xnk letak banyak-banyak sebab nti merah makngah pulak kang!
Rasa Tony Moly Lip Tint ni pun sedap sangat macam nk makan je rasanya...




Nk beli kat mana benda alah ni???
Sebenarnya Tony Moly ni produk kosmetik dari Korea, sama lebel dgn Etude House ect
cuma Tony Moly ni xbanyak lagi branch kat Mesia...
Kalau tak silap ada kat satu kedai kat JB & kat KL je... Area lain tak pasti kat mana, kalau nk beli online senang je, gunalah khidmat Encik Google ye :)


Beli online je senang sebab ramai je orang yg jual Tony Moly Lip Tint ni..





Pasal harga pulak jangan risau, memang mampu milik sebab murah je...
Bebudak yang masih bergelar student lagik macam Nissa ni pn mampu beli benda ni...
Selamat berminat dan selamat mencuba!







T-Ara pn guna Tony Moly punya produk :)
Sekian saja,
sharing is caring ♥



Monday, January 3, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama 
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur 
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai 
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad





p/s: Andai itu takdirNya, ku terima... 








Wednesday, May 26, 2010

Mari Berkenalan Dengan Cik CTS

Entri hari ni berkait dgn entri semalam ye... Hari ni Nissa nk bawak kawan-kawan berkenalan dgn cik CTS ni... Bahaya jugak kalau sekali dh terpikat terkena dgn cik CTS ni ye... Harap-haraplah Nissa cuma sakit tangan yg biasa-biasa aje...




Biodata cik Carpal Tunnel Syndrome



Nama Femes Amous: Carpal Tunnel Syndrome

Nama Pendek: Cik CTS

Asal kejadian: Tekanan pd bahagian tengah urat saraf di pergelangan tangan
Simptom yg berkaitan: *Rasa kebas, berdenyut,menyucuk-nyucuk, terasa panas pd ibu jari dan jari terutamanya jari telunjuk (index finger) dan jari hantu (middle finger)
*Mengalami sakit pd tangan atau pergelangan tangan 




Temuramah ringkas bersama cik CTS
Carpal Tunnel Syndrome (CTS), is associated by symptoms and signs, which are caused by compression of the median nerve travelling through the carpal tunnel. Carpal Tunnel Syndrome affects the hands since it is an upper limb neuropathy that results in motor and sensory disturbance of the median nerve.
This condition affects individuals by causing pain, paresthesias, and sometimes weakness in the median nerve distribution. Pain, numbness and tingling sensations can occur from the arm and extend to the shoulder and neck area. Some useful treatments for CTS include use of night splints, corticosteroid injections and ultimately with surgery.
Most cases of Carpal Tunnel Syndrome have been found to be without a specific cause and certain individuals may be genetically predisposed to this condition.
 
Kalau nk berkenalan lebih lanjut dgn cik CTS ni silalah berhubung dgn yg lebih pakar, mintak tolong bantuan pakcik Google pn ok jugak... 
Oh ye, terlupa pulak kredit utk pakcik Wiki yg utk info pasal cik CTS ni... Dh lama Nissa tak guna perkhidmatan pakcik Wiki, dulu masa form 6 rajin jugak Nissa guna perkhidmatan pakcik Wiki ni...



 p/s: Hoho~~~ Bukan ke Nissa dh ada belajar pasal Ergonomic masa sem 1???



Saturday, May 15, 2010

Unta Yang Dapat Nama???


C.A.N.T.I.K 

Itulah persepsi pertama bila melihat gadis-gadis Arab mahupun gadis Melayu yg kini lebih selesa mengenakan shawl kini... Maklumlah sekarang ni shawl merupakan pilihan terhangat dan terbaik dari ladang gitu... Nissa jugak salah seorang daripadanya, kalau tidak tak adalah entri-entri mengenai shawl sebelum ni... Hehehe~~~



Hari tu, Nissa pernah kena tegur dengan kawan kt kampus,Farah Hana namanya... Dia cakap yg tak baik memakai tudung atau shawl tp menampakkan bentuk sanggul yg tinggi a.k.a. bonggol unta... Hukumnya haram...



Mula-mula tu Nissa buat tak endah je disebabkan fesyen bertudung macam tu mmg tengah in sekarang ni... Mungkin dia cemburu MyEm0.Comsebab sepanjang semester bagi sesi 1 dan 2 ni, Nissa cuma menggunakan  shawl setiap kali ke kelas... Dan Nissa akui yg Nissa pn sebelum ni pn ada jugak bersanggul tinggi ketika mengenakan shawl ni, sehinggalah.........



Kawan Nissa, Fairuz Ashikin mengirimkan sesuatu di FBnya semalam...

MyEm0.Com
 Ok, ok, Nissa janji lepas ni Nissa takkan buat sanggul tinggi lagik bila bertudung... Utk penjelasan yg lebih lanjut, sila klik sini ye...



Entri kali ni sekadar bertujuan utk berkongsi... Bukan bertujuan utk menyakiti hati sesiapa atau menyalahkan mana-mana pihak... Semua yg buruk itu datang dari saya dan semua yg baik itu datang dari Allah s.w.t.
MyEm0.Com



p/s: Tak salah nak bergaya selagi tak lari dari hukum...










MyEm0.Comcredit to Fairuz Ashikin


Tuesday, December 22, 2009

Petua 'Jangan'???

Mood : Sharing Is Caring...





Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.






Saturday, June 27, 2009

Oh Si Gadis

Syhhh~~~


Rahsia ni hanya boleh dikongsikan dgn si gadis sahaja...
Jadi, kepada semua gadis-gadis yg nk tahu lebih lanjut, sila la klik pd si gadis ye...




p/s : Biarlah rahsia dgn lelaki???






Monday, June 8, 2009

Tips Meningkatkan Populariti Blog

Assalammualaikum semua...
Sebenarnya Nissa nk kongsikan sikit tips yg Nissa terbaca mengenai blogger ni... Tp kalau kawan-kawan semua dh tahu mengenainya, Nissa mohon maaflah ye... Ni lah antara tips untk 'menyesakkan' blog trafik atau dalam bahasa yg lebih mudah di fahami ialah meningkatkan populariti blog kita... Dan yg sebenarnya tips ni Nissa rembat dari salah satu blog... Tp xpelah, ni pn cuma untuk berkongsi maklumat je... Yelah, bak kata orang Putih 'Sharing is caring...' Apapun, kpd tuan blog, jgn marah ye sbb Nissa terpaksa memplagiat tips ni... :)



Antara tips utk meningkatkan populariti blog ialah :


1) Bincangkan topik yang umum, jadi semua orang boleh berkongsi idea dan boleh memberikan komen-komen mereka.

2) Kalau blogger lain komen post kita, dialu-alukan untuk membalas komen mereka. Dengan cara ini akan timbul rasa penghargaan.

3) Letak gadjet untuk subcribe blog kita seperti RSS.

4) Share gambar-gambar yang menarik.

5) Kalau rajin, tukar la design page selalu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali atau 2 bulan sekali, atau berkali-kali.

6) Tulis mengenai pencapaian blog kita.

7) Mulakan komunikasi antara blogger yang lain.

8) Beritahu kawan-kawan atau keluarga kita mengenai blog kita, manalah tahu nanti boleh dapat idea yg baru untuk blog.

9) Mulakan 'an award distribution' dan 'tagged system'.

10) Ceritakan sesuatu yang pelik, kelakar atau menarik untuk dikongsikan di dalam blog.

11) Postkan video yang membawa pengajaran kepada pembaca blog.

12) Be their followers =)

13) Gune bahasa yang sopan supaya tidak menimbulkan salah faham.

14) Post entri sekerap yang mungkin. Contohnya sehari sekali atau sehari dua kali, berkali-kali pun tak apa.


Everybody wants to increase traffic towards to their blog. It takes longer to take a very good traffic. Different people has it different opinion...




Kenapa Saya Bertudung???

Assalammualaikum kawan-kawan...


Hiasan semata-mata... Lukisan kartun yg memakai tudung atau hijab...


Entri kali ni pula, Nissa nk kongsi dgn kawan-kawan semua, terutamanya yg perempuan lah... Sbb Nissa rasa, video ni menarik jugak... Jd, layan jelah ye... Sambil-sambil tu renung-renungkanlah... :)



An Afternoon With The Hijjabed - Special Edition


p/s : Harap bersabar ye ketika menonton video tersebut... Maklumlah, cuma 'Copy & Paste' aje dari Youtube... Jd, mungkin video tersebut mengambil masa yg agak lama utk ditayangkan...