Thursday, February 26, 2009

Terapi Warna Untuk Kesihatan

SERINGKAH Anda merasa tubuh tidak enak? Bukan hanya tubuh, tetapi perasaan pun tak nyaman...

Hal semacam ini sering disebut mood. Tubuh anda sebenarnya tidak sakit, tetapi tidak ada keghairahan untuk melakukan sesuatu. Jangan terburu-buru berfikiran bahawa anda menderita sesuatu penyakit.

Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizikal, emosi, dan mental) manusia.Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh kelebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.

Warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia mampu membantu dalam proses penyembuhan semangat. Antaranya ialah :

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Warna: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin dalam tubuh anda.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
Warna: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu objek yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Atau cuba ubah “screen saver” komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa ketegangan.

ELAKKAN INSOMNIA
Warna: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna merah jambu (pink) .Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik…

CERIAKAN MOOD ANDA
Warna: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
Warna: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam tubuh badan.



Tuesday, February 24, 2009

Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Monday, February 23, 2009

Rakan Atau Sahabat

Apa erti friendship? Persahabatan? Persaudaraan? Ikatan hubungan? Hmm semua itu menjadi persoalan yang membawa seribu pengertian...

Maksudnya terlalu luas, nilainya terlalu agung hadirnya memberi harapan kepada kita. Itu lah yang difikirkan oleh mereka yang mementingkan persahabatan.
Ketulusan menjadi lambang kesucian dalam perhubungan,
Keikhlasan menjadi ikatan kemesraan antara hati,
Kasih yang tidak ternilai dari seorang sahabat,
Semuanya membawa kita menuju mahligai kebahagiaan.
Cakap sahabat yang jujur sebenarnya lebih bernilai daripada harta warisan nenek moyang kita. Itulah kata Saidina Ali r.a.

Sahabat adalah akar kekuatan kepada pohan kelemahan kita.
Mereka pendorong kita di kala susah di samping kita menumpang kegembiraan.
Sahabat seorang yang memahami kita,
membantu kita ke arah kebaikan
menolong kita di kala kesesatan
menegur kita apabila kita melakukan kesalahan.
Jangan lah kita menganggap orang yang rapat itu mampu setia kepada kita dan mereka yang jauh itu buta tentang kita.
Kadangkala mereka yang jauh itulah memerhatikan kita, mengambil berat tentang diri kita dan sentiasa berdoa untuk kita.
Kadangkala yang rapat itulah sebenarnya menyuntik racun ke dalam jiwa kita dan yang tidak jemu-jemu menegur itulah menyuapkan penawar kepada kita walaupun pada permulaannya memang pahit.
Rakan yang jarang menegur kita di kala kesesatan mereka itu hanya hidup di bawah bayang-bayang kekeliruan. Mereka ini tidak layak digelar sebagai sahabat.
Cukup sekadar kawan
Carilah sahabat yang terbaik untuk diri kita:
Orang yang sentiasa menunjukkan kebenaran
Orang yang sentiasa membantu di kala memerlukan
Orang memandu kita di kala kebingungan
Orang yang menegur kita apabila kita melakukan kesalahan...
Kawanlah yang sentiasa mengisi rongga kehidupan kita. Liku-liku kehidupan kita ketika remaja hinggalah ke dewasa bersama rakan-rakan.
Adakah kita sanggup menghabiskan sisa-sisa hidup kita dengan berdamping bersama orang-orang yang melekakan kita? Tidakkah terasa kerugian apabila kita mendapat kegembiraan untuk sementara bersama kawan-kawan yang menyebarkan racun atau menikmati kebahagiaan indah bersama sahabat yang sentiasa menyokong kita dan sentiasa membenarkan kebenaran terhadap diri kita? Sanggupkah kita memakan diri kita? Sanggupkah kita mengkhianati sahabat setelah mereka membimbing kita dan bersama kita ketika kita memerlukan?
Carilah sahabat yang membawa nur kebenaran dan pandulah teman yang berada dalam bayang-bayang kekeliruan.
Bezakanlah antara kaca dan permata,
Bezakanlah antara kebenaran dan penipuan,
Selemah-lemah manusia ialah orang tidak mampu mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari
(Saidina Ali R.A)

Sahabat amat penting,
Pilihlah yang terbaik untuk diri kita,
Bersama-sama sahabat,
Menuju medan kemuliaan...


Sifat-sifat Memilih Sahabat

Alqamah berpesan kepada puteranya."Wahai anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadannya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, ia akan menutupnya.

6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanya kesusahanmu.

8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.

9. Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkannya.

10. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

11. Jika engkau berdua berselisihan faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kesimpulannya: Jika kamu merasakan cukup perkara diatas pada seseorang kenalan kamu, maka pilihlah ia. Kerana ia merupakan sahabat yang akan membantu menuju jalan hakiki."
Insya ALLAH...


10 Petanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang saya perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan...”


Saturday, February 21, 2009

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Debaran Kian Terasa


Assalamualaikum w.b.t

Setiap kali terlihat kalendar, sy mesti tertanya-tanya agaknya bila keputusan STPM akan diumumkan. Pada kebiasaannya keputusan STPM akan keluar dulu sebelum keputusan SPM. Agaknya macam manalah keputusan STPM sy nanti tp apapun sy tawakal jela. Semakin mendekati bulan Mac, sy semakin tak tentu arah. Kadang-kadang tu sy rasa ada je yg tak kena, berdebar-debar je. Tp yg lg kronik tu, 'makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena...' Ada maklumat yg sy dpt, keputusan STPM akan diumumkan 2 hari sebelum keputusan SPM tp tak tahulah pula kesahihannya. Ada juga maklumat lain yg menyatakan bahawa keputusan SPM akan keluar pd hari Khamis (26 Feb 2009) dan ini bermakna keputusan STPM akan keluar pada hari Selasa (24 Feb 2009). Tp betul ke tidak, masih tiada jawapannya. Oh,nampak gayanya semakin berdegup kencanglah jantungku ini seperti kereta lumba F1 pula rasanya.

Tp dlm debaran tu juga, sy berharap sekiranya sy diberi kesempatan utk bersua muka dgn sahabat-sahabat seperjuangan sy di SMK Sungkai, Perak. Sungguh rindu utk bertemu kalian semua. Terutamanya teman baikku, Nurhashcia. =]

Hmmm....setiap kali menyentuh topik ni, tiba-tiba rasa lemah semacam je. Mungkin sebab sy suka membayangkan keputusan yg bakal keluar tu tidak seperti apa yg diharapkan, agaknya. Sy berharap sgt yg keputusan STPM sy akan cemerlang sebab sy dh lakukan yg terbaik semasa menduduki peperiksaan. Yelah, sy ni kn puteri sulung. Ini bermakna sy perlu menjadi contoh kpd adik-adik sy yg masih kecil utk belajar bersungguh-sungguh utk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mengenggam segulung ijazah. Mama sentiasa berpesan, "InsyaAllah sekiranya ada rezeki, peluang akan dtg dgn cerah setelah puas bertungkus lumus utk mencapai sesuatu yg kita usahakan."

Jd, tunggu dan lihat jelah bila tarikh sebenar keputusan peperiksaan besar seperti SPM dan STPM diumumkan...

Amin...
Semoga kehadiran hari esok akan membawa 1001 lg kegembiraan...
=]

p/s : Bersyukurlah dgn rezeki yg dikurniakan oleh-Nya


Aktiviti Di Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Alhamudulillah, akhirnya selesai sudah semua kerja-kerja rumah yg patut sy siapakan. Maklumlah, mama, ayah dan adik-adik dh keluar awal pagi td utk ke stadium di Bukit Peringgit. Biasanya pd setiap minggu, aktiviti kami sekeluarga adalah beriadah di awal pagi. Tambahan pula, pd setiap hujung minggu ada orang yg menawarkan diri utk jd tenaga pengajar semasa senaman aerobik diadakan di kawasan berhampiran dgn stadium berkenaan, lg seronoklah kalau selepas berjogging ada pula senaman aerobik. Selain itu, dalam senaman aerobik tu turut diterapkan beberapa elemen tarian (Wah, boleh masuk Sehati Berdansa pulak). Itu yg menarik minat sy utk ke sana pd setiap hujung minggu (tp kalau tak boleh, duduk rumah jela nampak gayanya...)
Tp mmg seronok bila dapat bersama-sama ahli keluarga melakukan aktiviti riadah tersebut selain dapat mengeratkan hubungan kami, badan pun boleh sihat.

Biasanya itu jelah aktiviti kami pd hujung minggu. Mungkin pd pendapat orang lain, kedengaran seperti sesuatu yg membosankan tetapi bukan pd sy. Sy seronok sgt sebab pd hujung minggu ni dpt berkumpul bersama keluarga (Biasanya dr hari Isnin - Jumaat, sy berdua je di rumah dgn adik yg bongsu). Lgpn pd hujung minggu ni, kami akan pulang ke rumah nenek yg terletak beberapa kilometer je dr rumah... =P

Semoga jalinan kasih sayang ini akan terus berkekalan...
Amin...



Friday, February 20, 2009

Jom Jalan-jalan

Assalamualaikum w.b.t

Fuh,akhirnya pulang juga ke rumah selepas selesai belajar memandu buat jam yg kelima. Penatnya kaki ni tp bukan sebab kelas memandu td, ada sebab yg lain. Sebenarnya kelas memandu tersebut dh selesai pada jam 3.00 petang tetapi apabila sy jejakkan kaki kt rumah, mama cakap yg sy terlambat beberapa minit sahaja sebab ayah dan adik-adik baru sahaja bergerak ke Mahkota Parade (MP)

Huhuhu,sedihnya... =[

Mama segera menelefon ayah dan memberitahu ayah yg sy sudah sampai rumah dan kalau ayah boleh berpatah balik semula ke rumah untuk mengambil kami. Mama tanya, "Kakak nk ikut x diorang semua pegi MP?". Sy pn jwblah, "Mstilah kakak nk..."

Yea,akhirnya setelah hampir seminggu lamanya sy 'bertapa' di rumah, hari ni keluar juga utk berjalan-jalan. Sy ni memang suka berjalan tetapi sy bukan berjalan-jalan kosong saja,sy suka perhatikan ragam orang di pusat membeli belah tersebut. Ada yg keluar bersama keluarga (seperti mana keluarga sy sendiri), keluar bersama sahabat dan teman istimewa. Tetapi hati sy sedikit terkejut kerana melihat anak gadis yg mungkin hampir sebaya dgn sy ataupn mungkin lebih muda drpd sy, mengenakan pakaian yg tidak cukup kainnya. Kadangkala, sy tersenyum sendiri apabila membayangkan sy yg berpakaian sedemikian, "Oh tidak! Mesti mama dan ayah sy turut berasa malu sekiranya sy berpakaian namun mendedahkan bahagian yg tidak sepatutnya di khalayak ramai..."

Selepas puas berjalan-jalan di sekitar MP, "Alamak, sekejap lg sepatutnya Syamil habis waktu sekolah!" Rupa-rupanya sudah hampir jam 6.10 petang dan adik sy yg seorang lg akan pulang dr sekolah agama pd jam 6.15 petang, hampir terlupa pula yg dia ke sekolah agama. Apalagi, kami pun bergegas pulang dan terus mengambil Syamil di sekolah agama. Mujurlah perjalanan dr bandar Melaka ke rumah cuma mengambil masa dlm 10 minit saja.Fuhhh,nasib baik sempat dan kami selamat tiba di rumah.

Apabila sampai di rumah, sy terus mengerjakan solat Asar telebih dahulu sebab td tak sempat solat di surau MP kerana surau tersebut begitu sesak (rata-ratanya merupakan pekerja di MP). Alhamdulillah, sentiasa ada insan yg mengingati-Nya. Jd tak pelah, bg jela kemudahan dulu pd insan yg lebih memerlukannya, insyaAllah Nissa boleh bersolat di rumah...

Jeng...jeng...jeng...
Selepas selesai solat, Nissa terus tulis entri ni...
Hehehe, mungkin Nissa terlalu excited utk menulis entri terbaru agaknya...
=]

Ok,sekian saja buat masa ni...
Wassalam...


Permulaan Yang Pertama

Knok,knok....
Assalamualaikum w.b.t

Yea,berjaya jugak akhirnya ku mencipta blog sendiri. Terima kasih diucapkan buat sahabatku, Fairuz Ashikin yg banyak memberi galakan kpdku utk mencipta satu blog a.k.a sbg diari elektonik ni.

Tapi Nissa belum mahir lg menggunakan blog ni sepenuhnya,insyaAllah Nissa akan berusaha utk memahirkan diri dlm menggunakan blog ini. Ha,kalau macam tu,Nissa nak berpantun la pulak,

"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan."


Ok,sekian sahaja pantun drpdku...

Eh,Nissa tak boleh nk merapu lebih-lebih. Sebab Nissa perlu bersedia utk kelas memandu hari ni. Yelah,bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan', jadi Nissa pn nk sediakan payung sebelum Nissa basah lenjun bila hujan turun nanti... Hehehe

Can cin cau, insyaAllah kalau Nissa dh bertambah mahir nanti, Nissa akan rajin masukkan entri2 baru setiap masa...
Wassalam...

p/s :Fairuz,jgn lupa bantu sy lg ye...TQVM