Wednesday, October 30, 2013

aJ White Label Sweet Love (Currently OOS)

 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
Hai semua,
Kalau dalam entri sebelum ni Nissa cerita pasal tudung aidijuma (aJ) kali ni pulak Nissa nk iklan sikit pasal tudung aJ white label sweet love ni ya...
Kalau berminat,  boleh terus Whatsapp Nissa kat no 016-6635570.. Ni pun sebab Nissa nk habiskan stok yg berbaki di tangan.. Rugi pulak kalau tak share dgn orang kan... Harga kasih sayang Nissa bagi RM20 sehelai termasuk kos pos ya.. Untuk keterangan lanjut, jangan segan silu Whatsapp Nissa yek.. InsyaAllah akan dilayan dgn baik :) dan pastinya aJ white label ni yang original tau, mesti tak menyesal kalau ada sehelai untuk dijadikan koleksi sendiri... Bubye, dh entri tergantung sebab dh habis office hour ni.. Hehehe :D

p/s: Out of stocks sudah... InsyaAllah akan direstok semula minggu depan ya
 

Monday, October 14, 2013

Saya dan aJ

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Nampak gayanya semakin hari, semakin malas pulak Nissa mengupdate blog ni kan.. Nasib baik takde sangat orang yg follow blog picisan Nissa ni, jd bila-bila nak update blog pun takde masalah la kan... Lagi-lagi semenjak sibuk dengan kerja, masuk kerja pukul 8.00 pagi, balik pukul 6.00 petang.. Nampak tak kerajinan Nissa bekerja? Hehe, kali ni bukan nak update pasal kerja tau, maklumlah nak nampak professional, hal peribadi dan hal kerja merupakan dua perkara yg berbeza jadi tak boleh la nak disatukan.. 
Fokus entri kali ni, nak cerita pasal aJ.. Siapakah aJ yg dimaksudkan? Makanan kah? Gerangan putera raja kah?? Siapa, siapa siapa??? Dh la tu Nissa, mustahil takde orang yg tak tahu ape aJ yg dimaksudkan tu...
Baru-baru je Nissa terperasan 'kegilaan' Nissa terhadap Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma (aJ) ni.. Selama ni bila membeli belah tudung, langsung tak terfikir benda lain, sejak dah pegang duit sendiri ni 'kegilaan' tehadap bawal aJ makin menjadi-jadi la pulak.. Kalau sebelum ni Nissa memang suka pakai shawl, tapi sekarang dh jadik bosan pulak.. Tapi sejak dh jatuh cinta utk betudung bawal aJ, ada je eksperimen dgn tudung bawal aJ.. Nasib baiklah anak dara mama dan ayah cuma seorang, kalau ramai agaknya mau penuh satu rumah dgn koleksi tudung je kan..

Siyesly memang tak ingat sejak bila Nissa mula kumpul tudung bawal aJ ni.. Kalau tak silap masa zaman belajar, cuma masa tu bawal aJ yg ada pun plain, two tone, two tone black dan inner aJ aje.. Masa belajar dulu tak mampu nk memborong bawal aJ mcm sekarang ni.. 
Dan ni antara tudung aJ yg pertama dalam koleksi Nissa.. Tudung aJ two tone, pakai dgn inner bawal aJ jugak.. Tak kisah la belit-belit mcm shawl pun tetap selesa.. Boleh pakai ikut kreativiti sendiri, nampak la lain daripada yg lain sikit..
Makin hari bertambah kegilaan terhadap aJ sebab Nissa dh join satu fanpage kat FB, makin kronik sebab dh jumpa geng sekepala yg ada minat dgn Tudung aJ.. Jomla join jugak group tu, dapat la memeriahkan lagi geng yg ada.. Berminat?? Ni link group aJ tu tau AIDIJUMA BIG FAN PAGE.. No worries, admin baik-baik dan comel belaka.. Oops, hanya utk gegirl je tau kt group ni spesis lain tak akan dilayan..

Nissa bebel panjang-panjang pun tak best la.. Siapa yg dh pakai aJ, dh join group nanti baru tau betapa bestnya.. Cewah, dengan aJ hidupku tambah bermakna.. Sekarang ni dh takpandang lagi shawl macam sebelum ni.. Nissa dh meningkat dewasa barangkali.. 
 Jatuh cinta sudah dengan aJ Circle ni 
 aJ Songket Purple, aJ Skull & aJ Mix Tone
aJ Skull
aJ Leaf
aJ Garden
aJ Kerawang
aJ Geometri
aJ Bunga Raya
aJ Butterfly
 aJ Lace
aJ Circle
Yg mana ada ni baru sebahagian dari koleksi Nissa je, punya sakan membeli sampai ada lagi yg tak terpakai.. Satu hal lagi, Nissa tak larat la pulak tiap kali bertudung aJ nk camwhoring sorang-sorang kan.. Oh ya, satu lg bila dh join group AIDIJUMA BIG FAN PAGE tu, dpt share macam-macam.. Hari ni je belajar mcm mana nak ada riben bila pakai aJ.. Bila try & error, ni la hasil dari Nissa.. Maap cakap la yek, sy punya tangan memang tak berapa kreatif bab riben-riben ni tp kalau bab membelit tudung sampai terbelit tu boleh la tahan jugak kreatifnya..
Bila ada riben comel macam ni teringat kat si comel Hello Kitty 


InsyaAllah sampai jumpa lagi kat entri yg seterusnya.. 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

p/s: Alahai, esok tengah hari dh balik Damansara semula.. Lusa dah kerjaaa!!!!


Thursday, September 26, 2013

Mood Sedih T___T

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Hari ni cerita sedih, entah kenapa la rasa diri ni macam diperkotak-katikkan aje.. Bila masa dia susah, mintak tolong kat kita ayat bukan main manis macam ade kebun tebu kat bibir tp bila dia dah senang, mengata kita pulak kat belakang kan.. Okay fine, just go with the flow jela kan.. Mungkin hari ni hari awak, esok lusa insyaAllah hari saya pulak.. Terima kasih la sebab buat saya rasa teraniaya.. Ish, zaman sekarang ni kita tolong orang pun salah, tak tolong pun salah...

p/s: Memang takde siapa yg sempurna tapi berusaha lah utk jd yg terbaik.. Mari merawat hati yg sedih dgn tengok movie 'Bencinta' malam ni :)


Tuesday, September 24, 2013

Happy 1st Anibeseri to Missy Braceys

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Pejam celik, pejam celik... Rupanya dah genap setahun pakai braces ni.. Nampak gayanya lepas setahun bersama, kami makin serasi.. Cewah~~~

Oh ya, sejak mula bergelar wanita berkerjaya ni, dah tak terupdate pulak blog ni kan.. Maklumlah, demand kerja dan demand badan utk berehat mestilah seimbang!

 

Jeng jeng jeng!!

Mempersembahkan Missy Braceys selepas setahun (Ikutkan ada lagi 6 hari baru genap setahun)... Suka hati la nak tempek gambar sendiri kat blog sendiri kan...


Nah, hamik fresh from oven.. Pagi-pagi sampai ofis dah selalu dh buat keja mcm ni, camwhore sorang-sorang.. Nasib takde orang nampak..

 

 
Yg tudung biru ni masa pegi GEMS Alumni Networking launching last week..
 
 
 
Next appointment, insyaAllah weekend ni.. Tak tau la dentist nk pasang ape pulak kat gigi sebab dh lama dok pakai elastic ligature band je tanpa aksesori lain-lain kat bracket... Masih panjang lagi perjalanan Nissa dgn braces ni, harap2 gigi cepat la bagi kerjasama, dah tak sabar dh ni nak tangkap gambar sambil senyum tayang gigi yg tersusun rapi
 
 
Ok bai, dah nk mula buat kerja!! Selamat bekerja di hari Selasa yg indah.. Oh, I hate Tuesday!
 

 
p/s: Penat nk putihkan gigi, dah guna produk C****** tp tak putih berseri-seri macam dalam iklan tu pon... T___T


 


Tuesday, February 19, 2013

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah semasa Internship #1

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Alhamdulillah, semalam (18/02/2013) Nissa dah selamat melaporkan diri di TalentCorp Malaysia, Surian Tower sebagai intern dari GEMS.. Bersyukur sangat sebab ditempatkan kat sini, biarpun sbg intern shj tp insyaAllah Nissa akan cuba utk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman semasa tempoh internship ni.. Kalau ada rezeki, mungkin Nissa dapat terus keja kat sini.. Doa-doakan lah ya ;)
 
  Access card saja, ID card belum dapat lagi..
18/02/2013 – Nissa bangun awal2 pagi sebab excited nk mulakan hari pertama internship.. Nasib baik lah malam tu boleh tidur lena jugak, kalau tak mungkin Nissa bangun dalam keadaan yg masih mengantuk lagi agaknya.. Hari ni kak Q ajar macam mana nk naik bas dari rumah ni sampai dekat depan bangunan Surian Tower. Ok lah, Nissa naik bas aje sebab dekat sangat dengan rumah, kalau lagi rajin Nissa jalan kaki jelah kan.. Nk cukupkan 10, 000 langkah sehari, kenalah banyak berjalan.  Sepatutnya kena ada kat Surian Tower sebelum pukul 8.30 pagi sebab kena report duty pada pukul 8.30 pagi kan tp disebabkan eksaited sangat, pukul 8.00 pagi Nissa dah sampai kat situ. Lepas dh report duty, Nissa dan kak Dya (sama-sama intern dr GEMS, dulu kak Dya ni CEO Ruby tau) diperkenalkan pada semua staff kat TalentCorp.. Pergh, semuanya berhabuk cakap English! Omaiii, mulalah Nissa berdebar-debar sebab kena speaking la kan sebab intern kat sini.. Dh dapat workstation masing-masing dan dah dapat supervisor jugak. Ok, supervisor Nissa sangat baik orangya, soft spoken jugak dan sangat prihatin pada Nissa, ha nama supervisor Nissa ni Albert..Yg lawaknya Albert ni punya kalut bila Nissa dan kak Dya kadang-kadang tersasul panggil dia ‘Sir Albert’, pastu dia banyak kali ulang, “Oh dear, please don’t call me Sir Albert, just Albert ya..” Sukanya sebab dia suka bagi coklat! Terima kasih ya Albert!! Hari pertama masuk kerja ni macam biasalah, tak ada kerja kan. Okay, Nissa cuma jadi pemerhati je pada hari Isnin (padahal dalam hati sebenarnya rasa macam dh tak tenang sebab tak bergerak buat kerja apa pun! Jiwa memberontak tiba-tiba..) Hari ni jugak dapat macam-macam barang amanah dari company, 1) access card 2)laptop 3)email id sendiri dgn ada nama company kat belakang tu 4)stationary 5)peti besi! (sebenarnya laci kat bawah meja tu je.. Nissa panggil peti besi sebab besar sangat lacinya..hohoho) 6)buku bedtime story pasal TalentCorp Malaysia.. Oh ya, masa lunch hour tu Nissa tak keluar pegi makan pun sebab kak Dya bawak bekal, ya ampun rezeki jangan ditolak (segan sebenarnya sebab masa kat GEMS site Mersing dulu, xkenal rapat pun dgn kak Dya ni)… Lepas kitorang lunch tu, CEO TalentCorp iaitu Mr Johan Mahmood Merican yg kacak, bergaya, tampan, tinggi lagi gebu tu kan menyapa kami kat pantry.. Finally I can met him face to face, biasanya tengok dalam tibi je kan, nah hari ni dapat tengok depan-depan mata.. Lepas lunch hour tu, kami sambung ‘observation’ kami jelah kat cubical sendiri.. Nissa duduk sebaris dgn kak Dya Cuma kami dipisahkan oleh Albert je. Kiranya Albert diapit oleh dua kuntum bunga la.. Hehehehe…
 Ha, tula kak Dya.. Dia under unit Finance..
Disebabkan quick update dari draft yg sedia ada, nk tunjuk jugak workstation Nissa kan
19/2/2013 – Masih belajar tentang apakah itu TalentCorp Malaysia, core values, business nature, plan yg berkaitan dan sebagainya.. Masuk hari kedua ni Nissa dh semakin mahir gunakan Microsoft Lync dan Microsoft Outlook tu.. Maaf cakap la ek, sebelum ni jarang dapat guna dua software ni.. Xda sangat benda yg menarik nak diceritakan, masih belajar dan masih perlu cari pengalaman… dan yg pasti Nissa dh cuba ‘show-off’ semua skills tentang project management dan Microsoft Excel yg Nissa penah belajar. Kiranya tak sia-sia jugak belajar Office System Management ni, kat mana-mana company pun akan gunakan skill and knowledge yg sama.. Oh ya, memang rezeki Nissa agaknya bila pegi mana-mana company sama ada utk kerja atau intern je kan, staff dalam company suka buat makan-makan.. Hari ni ada birthday party staff, diorang ajak makan sekali, join jelah..
 Ni lah buku bedtime story Nissa yg terbaru.. Hehehe
20/2/2013 – Hari ni tak ada kerja sebab Albert takda kat office, dh email Tanya pasal kerja apa yg Nissa kena buat hari ni tp dia Cuma reply “Just sit back and relax”.. Ok, jadi hari ni sy melangut jelah dalam office. Ini tidak boleh terjadi, konfem sampai petang nanti dh mati kutu sebab tak tahu nk buat apa kan lagi-lagi bila diri ni seorang yg tak boleh duduk diam.. Sebelum Nissa boleh “Just sit back and relax”, update dan review semula pivot table dan pivot chart yg semalam dh bincang dengan Albert sebelum boleh email pd dia.. Disebabkan bosan, Nissa pun online jela sambil men’submit’ resume kat mana-mana company yg tengah ada kekosongan jawatan yg bersesuaian dgn background study Nissa ni.. Siyes lah hari ni sangat membosankan!!! Tiba-tiba je kan adik receptionist, Mia namanya panggil Nissa sebab dia nk mintak tolong jagakan reception sekejap sementara dia ada meeting rumah sukan.. Ha, jangan tak tau kat TC ni pn ada rumah sukan jugak tau.. Masa Mia tengah meeting tu la Nissa tolong handle incoming phone call kat TC.. Hohoho, best jugak kerja menjawab call orang ni rupanya! Habis je tolong jaga reception, masuk balik kat dlm office.. Elok je Nissa duduk tgk dpt email dari sorang staff ni dia ajak join celebrate birthday party staff TC lagi utk hari ni.. Yo, makan-makan free lagi hari ni! Boleh bambam Nisssa kalau sampai 6 bulan ni asyik makan free dan sedap-sedap je kan..
21/2/2013 – Oyeah, hari ni Albert ada kat office! X sabar nk buat kerja yg dia bagi.. Okay, hari ni dapat kerja yg Nissa suka sebab banyak menaip.. Tak critical thinking sangatlah sebab Cuma buat pivot chart dan pivot table je dari data-data yg dia bg.. Dah siap, boleh balik.. Alamak, semuanya dh siap hari ni la.. Habis tu esok nk buat apa?? Hmmmm, bosannya esok ni kalau tak ada kerja yg nk dibuat..
22/2/2013 – Nissa dalam rumah biru, SUPER SONIC!! Hari ni kitorang ada Laser Tag Tournament, lokasi sekitar Surian Tower.. Nissa memang suka interprem kan, jd join lah walaupun sport shoes tak bawak pun dari rumah. Xpelah insyaAllah minggu depan balik rumah sebab ada appointment dengan dentist, boleh bawak sport shoes dari rumah je..
Kisah internship ni akan bersambung lagi ya.. Babai!
p/s: Berharap agar hari yg mendatang lebih baik dari hari yg sebelumnya
Salam sayang,
Nissa-elhumairaAkmal

Friday, February 15, 2013

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah sebelum Internship #3

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Entri kali ni pendek je berbanding entri sebelum ni kan, sebab Nissa tengah sibuk lagi mengemas barang utk esok sebelum bergerak ke Damansara.. InsyaAllah kalau ada masa nanti Nissa update lagi kisah tentang sebelum, semasa dan selepas internship ni ya.. Tadi sempatlah Nissa call pihak TalentCorp utk bertanyakan tentang department mana Nissa akan ditempatkan sepanjang tempoh internship nanti tp encik yg incharge Nissa tak berapa pasti pulak.. Semuanya akan diketahui hari Isnin nanti selepas report duty. Oh yeah, semakin berdebar pulak rasanya.. Xpe, bersabarlah sikit sebab semuanya akan lebih jelas pada hari Isnin jugak. Chaiyok!! Chaiyok!!

p/s: Tak lupa jugak Nissa nak ucapakn semoga berjaya dalam menjalani internship ni buat semua GEMMIES SMM07C. Be proud to be one of the GEMMIES!


"Once we're there, humble ourselves
Taking deep breaths, to face new day
Together we stand and pray to be blessed 
Leaders of tomorrow, we're here to stay"



Salam sayang,

 

Like GEMStones Beautiful and Priceless - Kisah sebelum Internship #2

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


7/2/2013 - Misi mencari rumah / bilik sewa di sekitar Mutiara Damansara pun bermula.. Nissa memulakan misi tu dengan semangat sebab tak sabar nak cari pengalaman semasa intern tu sebenarnya.. Dengan menggunakan Mr. Google, dapatlah dua-tiga senarai bilik sewa.. Harga pun boleh tahan jugak lah kan, maklumlah menyewa di bandar memang kadar harga dalam RM250 - RM500 utk sebulan kan..
8/2/2013 - Misi diteruskan pada hari kedua.. Bila dah dapat contact tanya pasal bilik, semua bilik yg berdekatan Mutiara Damansara dh x ada yg kosong lagi.. Sedikit kecewa lah pada masa tu kan.. Xpelah, slow-slow je cari mana tahu akan jumpa dgn bilik yg sesuai..

9/2/2013 - Hari ketiga misi pencarian bilik sewa, masih tiada harapan.. Rumah /bilik sewa kat sana laku sangat macam pisang goreng sebab tu susah nk mencari bilik sewa dalam masa yg singkat ni kan.. Xpelah, Nissa redha je..

10/2/2013 - Hari keempat misi pencarian bilik sewa.. Oh ternyata umpama mencari permata yg hilang kot! Semangat makin pudar, lagi-lagi bila terpaksa jadik lone ranger kan.. Xpelah, masih ada harapan.. Teruskan jelah misi pencarian bilik sewa pada hari berikutnya..

11/2/2013 - Hari ni kena jugak mencari bilik sewa, dengan bantuan Mr. Google, Mr. Mudah.my dan Mr. ibilik.my!! Nissa tak boleh buang masa lagi sebab tinggal lagi seminggu je sebelum report duty pada 18/2/2013.. Jenuh sangat nak cari bilik sewa ni apesal la kan.. Dan dengan bantuan seseorang ni, dia bagi contact number kawan-kawan perempuan dia yg duduk sekitar Kota Damansara.. Ok lah, terus Nissa topup lagi kredit sebab kredit pun dah kering kan asyik call orang sana-sini sebab bertanyakan hal bilik sewa.. Alhamdulillah dah dapat satu bilik sewa yg agak dekat dengan Mutiara Damansara, bila dah deal pasal bilik sewa tu terus rasa lega sangat..

12/2/2013 -  Relaks saja lepak di rumah, maklumlah bukan selalu dapat rasa macam ni kan.. Home sweet home gitu. Kepala Nissa pun dah xdalah serabut sangat memikirkan pasal bilik sewa.. Tunggu hari je nak pergi masuk bilik tu nanti.. Rasa bersemangat semula!! Tiba-tiba je Nissa dapat berita buruk bila orang yg deal pasal sewa bilik tu bagitahu yg bilik tu dh ada orang masuk.. Omgee!! Apekah semua ni?!?!?! Terus Nissa rasa macam nk pengsan sebab Nissa langsung tak ada backup plan utk bilik sewa ni.. Terus rasa sedih semula. T_T Yelah kita dh konfirmkan dengan dia pasal bilik sewa tu, tapi boleh pulak dia sewakan pada orang lain. Alasannya sebab orang tu dh terus datang dan bayar cash money! Heyyy~~ Memang angin jugak lah Nissa time tu kan tp nasib baik boleh bertenang lagi sebab fikir mungkin ada hikmah kot Nissa tak dapat menyewa kat situ.. SEDIH dan GERAM!! Terus Viber kat group Topaz share tentang bad news ni kan.. Diorang semua terus pujuk Nissa jangan cepat putus asa dan Min tolong jugak cari bilik sewa dgn menggunakan khidmat Mr. Google sebab hari-hari chat dgn Nissa ni mesti ada topik pasal sewa bilik je kan.. Mana tak nya, sebab Nissa cakap kalau tak sempat cari bilik sewa yg terdekat dengan tempat intern tu Nissa taknak pegi intern.. Dalam hati, "Mungkin jadi macam ni sebab parents tak restu utk Nissa pegi intern kat situ agaknya..." Duduk dalam bilik sorang-sorang, terus menghadap lappy.. Fokus, fokus, fokus cari bilik sewa tu Nissa.. Hmmmm, nasib baik famili Topaz terus bagi semangat, oh tak lupa jugak Miss Faeza! Kalau tidak mungkin semangat tu terus hilang dan Nissa amik keputusan nk withdraw dari GEMS utk part 2 nanti..
   
13/2/2013
- Nissa bangun awal pagi jugak sebab mencari bilik sewa lagi kan.. Hari ni mungkin ada harapan.. Keep searching & GOOGLEing dari pagi sampai petang.. Bila petang tu ternampak satu iklan kat Mudah.my yaww.. "Wow, iklan baru ni.. Mungkin ada harapan" Nissa pun amik nombor kat dalam iklan tu, terus SMS. Bila fikir yg mungkin SMS je takkan di reply, Nissa pun terus call.. Masa call tu Nissa cakaplah yg kalau boleh nak duduk berdua (dengan Kak Nasd) lagipun kalau diikutkan master bedroom tu agak besar dan muat utk dua orang kan. Tp sayangnya orang kat rumah tu cuma nk seorang je. Xpelah, Nissa pun tak berani nk deal apa-apa.. Bila malam sikit orang tu bagitahu yg dh ada orang lain pulak booking bilik tu.. Hurmmm, sekali lagi air mata mengalir.. "Kenapalah dugaan kali ni terus datang je?? Mungkin ada salah Nissa kat mana-mana agaknya.." Terus ber'Viber' dengan famili Topaz, dh jadik habit bila ada apa-apa je terus nk share dgn mereka.. Sambil-sambil tu terus mencari iklan bilik sewa lagi.. Dah dapat beberapa bilik sewa yg ada potensi, terus SMS orang yg berkenaan (bila malam tak berani nk call, jadi Nissa SMS jelah tanya pasal bilik). Tak payah tunggu reply malam ni lah, mungkin esok akan ada jawapan dari orang yg berkenaan kan :) Tidur dengan penuh harapan.. 
      

14/2/2013 - Pagi lagi dapat SMS, "Room still available. When u want come to view the room?" Nissa cepat-cepat reply, "Where is the exact location of the room? Is there any public transport that can reach to TalentCorp? I will come on this Saturday". Lepas SMS berjela-jela dan Nissa terus call utk konfirmkan bilik sewa tu, Nissa terus deal dan disebabkan taknak pisang berbuah dua kali, Nissa terus request utk bayar deposit bilik tu.. Nasib kakak T sangat baik hati dan memahami, dh dapat details utk bayar deposit bilik sewa tu, Nissa pun terus pegi bank in utk deposit.. Alhamdulillah, semuanya selesai. Hari Sabtu nanti baru nak ke sana, terus masuk bilik sewa dan amik kunci.. Yg seronoknya, rumah fully furnished, sewa bulanan pun dah termasuk bil api, air dan Internet punya bil, cuma bilik tu agak kosong dan kakak T pesan supaya bawak spare tilam atau toto in case nak tilam empuk umpama tilam Vono gitu.. Xpe kak, jangan risau sebab Nissa kalau boleh apa yg ada kat rumah sendiri ni semuanya Nissa nk angkut bawak pegi sana.. Bersyukur sangat sebab bilik sewa ni pun dekat jugak dengan Menara Surian, Mutiara Damansara.. Hohoho~~~

Lesson learn: Jangan cepat mudah putus asa. Selagi mampu utk berusaha mencapai sesuatu tu, insyaAllah ada jalannya. Tetapkan objektif dan yg penting nk buat sesuatu perkara mestilah menggunakan kaedah S.M.A.R.T. jangan selalu nak buat K.I.S.S. aje. Ini baru sikit je kot dugaan dariNya sebelum Nissa memulakan internship ni.. Masa yg akan datang mungkin ada lagi dugaan lain, siapa yg tahu kan..


p/s: Semoga Nissa kuat dan tabah sepanjang tempoh internship nanti :)
p/s: Barang tak siap packing lagi ni!! Siapa nk tolong Nissa packing barang nanti ni??


Salam sayang,