About Me

My photo
♥Nissa ♥Sweet 24 ♥There is only one happiness in life, to love and be loved♥

Saturday, May 30, 2009

Yippiee!!!

Assalammualaikum kawan-kawan...

Akhirnya Nissa dpt juga tengok citer 'Syurga Cinta'... Memang best pn citer ni... Jadi pd sesiapa yg kutuk2 citer ni xbest dan xnk tengok citer, org tu mmg rugi... Lgpn banyak juga pengajaran dlm citer ni... Yg paling Nissa ingat dan pertama kali tahu mengenai yg jodoh ni terbahagi kpd 3 iaitu 'Jodoh dari Syaitan', 'Jodoh dari Jin' dan yg trakhir ialah 'Jodoh dari Allah s.w.t'... Dan
'Jodoh dari Allah s.w.t' itulah yg dikatakan Syurga Cinta... Nissa harap lps ni akan ada byk lg citer2 yg berunsur keislaman ni, sambil menonton dpt juga pengajarannya...

"Kadang-kadang kita mengharapkan matahari, tp Allah turunkan hujan.
Kita sedih tp rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yg cukup indah.
Jd, bsyukurlah dgn apa yg kita ada..."

Poster 'Syurga Cinta'

Hehehe, mmg betul aunty Nissa tunaikan janji dia... Sempena bufday nya, dpt promosi drpd GSC beli 2 tiket percuma 1, jd sbb xnk mmbazirkan satu tiket lg tu, adik Nissa yg pd mulanya xnk tengok citer ni pn terus nk tengok... Yg seorang lg pula pg tengok citer Terminator Salvation...

Saje je simpan tiket ni... Nak buat kenangan agaknya...


Lps dh tengok movie, aunty Nissa blanja makan pula... Kami makan di Kenny Rogers Roaster aje... Nyum nyum...

Sementara tunggu makanan sampai, Nissa sempat lg snap2 gambar...


Taraaa~~~ Makanan sudah sampai... Apa lg jom kita makan... Sblm makan baca Bismillah dulu ye...


Akibat terlalu lapar, xperasan pulak yg Nissa makan sampai licin pinggan ni... Hehehe


Itu saja xtvt Nissa bersama aunty dan adik-adik pada hujung minggu ni... Lepas ni mungkin dh xde keluar lg kot sbb Nissa nk simpan duit sbb 23, 24 dan 25 Jun ni Nissa akan terbang ke Kuching, Sarawak... Xsabar rasanya nk pg sana...

Ok lah kawan-kawan, sampai sini saja coretan Nissa buat kali ini...
Wassalam...



"Cinta hanya untuk yang ikhlas mencintai,
bukan untuk dipersendakan..."


Mengenal Peribadi Lelaki/Perempuan Melalui Bulan Lahirnya


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang realistik dan abstrak, intelligent, bijak dan genius , berpesonaliti yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamerkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL

Sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik,try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

OKTOBER

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.



20 Perkara Yang Menyebabkan Lelaki Dibenci Wanita

Oh lelaki!!!


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?


3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa egan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!




Tanda Lelaki/Pasangan/Kekasih Anda CURANG!!!

Oh tidak!!!

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

· Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

· Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

· Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

· Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

· Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

· Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.



Apa Itu Cinta???

Sekadar Gambar Hiasan

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.



"Cinta Hanya Untuk Yang Ikhlas Mencintai,
Bukan Untuk Dipersendakan..."


Thursday, May 28, 2009

My Aunty Engagement

Cunnye aunty Nissa ni... Ni la aunty Nissa yg bongsu mase mjlis ptunangannya minggu lepas...


Yg ni lak nenek Nissa diapit oleh Atuk Long dan Mbah Busu... Comel x nenek ksygn Nissa ni???

Jeng...jeng...jeng... Ni lak adik bradik mama Nissa... Mama Nissa yg pkai baju kaler hijau tu...
Ini pn sama...
Baby comot yg nakal ni pulak adik Nissa yg bongsu, Muhamad Nursyakir namanya... Dia dh bosan ni sbb org xlayan dia hari tu...

Assalammualaikum kawan-kawan...
Maaflah ye sbb Nissa lewat pos entri yg ni di atas masalah teknikal yg tlh berlaku... Patutnya minggu lps juga Nissa pos entri ni tp nk buat mcm mana kn dh tiba-tiba pulak ada masalah yg x diingini tlh berlaku dluar jangkaan...

Bila dh tengok aunty Nissa tu cun, mcm princess la pulak... Nissa pulak xsabar nk btunang (hehehe,gatalnye diriku ini...) Tp manalah boleh, belajar pun blm habis lg xknla dh nk kawin... Huhu, kalo boleh biar la dh ada sgulung ijazah dan dh ada pkerjaan yg tetap baru nk fikir psl hal2 ni... Ala, lgpn Nissa masih muda, mkn minum pn mama dan ayah yg jaga lg... Xknla dh nk kawin pulak...

Tp jodoh kn di tangan Tuhan... Kalo awal jodoh tu dtg, awal la kawinnya... Begitu juga sbaliknya...

:)



ANDA DIBAYAR TERUS SEBANYAK USD 6.00 DAN USD 4.00 UNTUK SETIAP SOALAN YANG ANDA JAWAB..REGISTER DISINI!!



MENARIK BUKAN? TAPI BAGAIMANAKAH CARANYA???

Mudah sahaja...anda hanya perlu ikut sahaja arahan saya ini dari awal hingga akhir.

Anda hanya perlu
KLIK BANNER DI ATAS ini dahulu atau klik pada link dibawah ini

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!


Ia akan menghubungkan anda dengan laman web tersebut.


Baiklah. Anda akan dapat lihat gambar seperti di bawah ini. Ini adalah interface laman web tersebut.




Langkah pertama adalah klik pada button CREATE A FREE ACCOUNT. (Lihat gambar dibawah..)



Kemudian anda akan dibawa ke ruangan pendaftaran iaitu PLEASE CREATE YOUR FREE ACCOUNT (seperti dibawah).


- Masukkan USERNAME yang anda suka..seperti nama anda atau sebagainya,
- PASSWORD anda mestilah lebih dari 7 hingga 15 karaktor. Cth : 12345ABCDE,

- Masukkan FIRST NAME anda,
- Masukkan juga LAST NAME anda,

-
Sila nyatakan samada antara MALE (lelaki) atau FEMALE (perempuan),
- Masukkan umur anda pada ruangan AGE,
- Masukkan EMAIL anda yang aktif yang anda selalu gunakan. Bukan email yang lama tak aktif dan pastikan juga ejaan email anda mestilah betul,
- Dan sila masukkan HURUF atau ABJAD seperti yang diberi dengan betul,
- Klik button CREATE FREE ACCOUNT.


-----------------------------------------------------------------------------------------------
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Baiklah. Anda telah berjaya membuka akaun percuma anda. Mudahkan? Seperti biase..anda akan dapat lihat Welcome, username anda.

Ok..jika anda lihat dibawahnya pula..terdapat hanya 7 soalan sahaja yang perlu anda jawab dan jika anda jawab semua soalan2 tersebut anda akan mendapat total usd27.00 (RM94.50). Itu belum kira lagi dengan orang yang anda taja. Anda akan dibayar usd1.25 untuk setiap orang yang anda taja. Fuh..


Ruangan MY A.W SURVEY STATS ini adalah ruangan untuk anda rujuk jumlah keseluruhan wang yang anda telah perolehi.




REDEEM MONEY
digunakan untuk mengeluarkan sejumlah wang yang anda telah kumpulkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, jangan buang masa anda lagi, klik soalan yang pertama bernilai usd 6.00 iaitu Welcome Survey -- A $6.00 Website Evaluation is Available.



Paparan seperti ini akan keluar dan ia hanya mengambil masa 5-10 minit untuk disiapkan.



Klik START SURVEY NOW. Baiklah..apa yang perlu anda lakukan adalah klik di Click Here for Website 1. 1 paparan website akan keluar dan anda lihat dahulu website yang diberikan atau cuba2 dahulu, test2 kasi tengok selepas itu barulah anda berikan komen pada kotak yang berwarna putih di bawahnya.



Proses seterusnya untuk Click Here for Website 2 adalah sama seperti di atas.


PERHATIAN :

Pastikan anda mengisi kedua-dua ruangan kotak berwarna putih tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Isikan dengan ayat2 komen yang panjang kalau boleh dan gunakan ayat2 yang positif sahaja kerana mereka akan menilai setiap ayat yang anda komenkan itu. Jika anda berikan komen yang negatif, kemungkinan anda tidak akan mendapat wang tersebut. Ingat mereka yang bayar anda jadi anda perlu berhati2...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Setelah selasai memberikan komen di ke 2 2 kotak putih itu, klik button dibawahnya Click Here to Submit BOTH Reviews. Paparan (seperti gambar di bawah ini) akan keluar yang mengucapkan terima kasih kepada anda kerana telah selesai memberikan komen dan akaun anda telah dikreditkan sebanyak usd6.00.



Klik pada Click Here to go Home and see your New Balance. Anda akan dapat lihat jumlah yang telah anda kumpulkan sekarang adalah sebanyak usd6.00. (Lihat gambar dibawah ini).




Jadi begitulah proses memberi komen seterusnya sehingga jumlah yang anda dapat kumpulkan adalah sebanyak usd27.00 (RM94.50). Jika ke 7 7 soalan tersebut telah dijawab ia akan kelihatan seperti ini (gambar dibawah ini).



Bermakna tiada lagi soalan yang perlu anda jawab dan anda hanya perlu mencari email rakan2 anda untuk anda menjana sedikit pendapatan dari situ. Ingat, sesiapa sahaja yang register dibawah anda, anda akan mendapat usd1.25 seorang. Ok..yang terakhir sekali, anda perlu klik Get News Updates and New Survey E-mailed to you (New!). Jika anda tidak melakukannya, pihak A.W Survey tidak akan memberitahu anda sebarang kemaskini atau survey yang terbaru ke email anda. Jadi anda mungkin akan terlepas peluang kedua nanti.



Masukkan email penuh anda di ruangan Email Address dan nama penuh yang telah anda registerkan tadi di ruangan Full Name. Klik Submit.



Sila cek email anda. Sila buka email anda.


Klik pada Confirm your subscription. Jika tiada email dari pihak A.W.Survey dihantar pada anda, sila tunggu. Atau lihat di bahagian SPAM
.



Baiklah, anda hanya perlu klik pada ruangan link tersebut (lihat gambar dibawah ini).


1 paparan seperti gambar dibawah ini akan keluar. Ia bermakna apa yang telah anda langgan dari A.W.Survey mail telah disahkan.


Ok..itu sahaja. Mudahkan? Tapi anda jangan lupa untuk mengajak rakan anda untuk menyertainya. Suruh mereka lakukan perkara yang sama seperti apa yang telah anda lakukan atau anda sertakan sekali link http://berikomendapatduit.blogspot.com/ ini kepada rakan anda untuk dijadikan rujukan.

Siapa kata anda tidak boleh mendapat pendapatan sampingan di internet??

Jika anda ingin mengeluarkan sejumlah wang yang telah terkumpul, sila klik pada REEDEM MONEY.

SELAMAT MENCUBA...





Cuti Sekolah!!!

p/s : gambar di atas adalah rekaan semata-mata

Assalamualaikum kawan-kawan...

Cuti sekolah bakal bermula minggu hadapan, apa lg xsabarlah nk cuti (eh,mcm budak kecik pula...). Bukan apa, cuma xsabar nk balik kampung... Tp mungkin xdpt berlama-lama di kampung nnti sebab ayah Nissa x cuti... Al maklumlah, cuti penggal persekolahan dgn cuti semester kolej matrikulasi manalah sama jd terpaksalah sekejap aje di kampung nanti...

Xsabar pula nk balik, rindu sgt2 kt atuk, acik dan adik2 sepupu yg comel2 tu... Masa ada peluang ni la Nissa kena manfaatkan sebaik2nya sebab kalau peluang tu hilang bukan senang nk dapat semula... Yeay, nnti bleh juga plan nk jumpe ngan kawan2 sekolah dulu... Harap diorg pn adalah time cuti nnti...

Ape pn sekali lg Nissa kena S.A.B.A.R

Insya-Allah kalau ada gambar2 yg menarik semasa cuti, Nissa akan selitkan ye... Tp mungkin cuti sekolah ni xde melancong ke mana2... Alahai, sedihnya... Eh, apa pulak tiba2 je sedih ni??? Orang nk cuti mana boleh sedih2, kenalah happy... Xpe2, nnti xdela Nissa rasa bosan sgt sbb 2 minggu ni mama dan adik2 Nissa ada di rumah aje, walaupun ayah tetap akan sibuk dgn tugasannya... Dan satu kemungkinan besar juga, Nissa x boleh nk update sebab mls la nk mengusung laptop ni ke hulu ke hilir... Tp xtahu lg la, semuanya bergantung pd M.O.O.D Nissa sendiri...

:)




Teka-teki Imam Ghazali

Mari bersama-sama renungkan teka-teki ini...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

:)

Monday, May 25, 2009

Jom Layan...


Assalammualaikum sume...

Hehehe, hari ni tlebey rajin la plak ngepos entri...

Saje jek, nih tgh layan citer Leverage kt channel AXN, lps cite ni tgk cite House lak. Sbnrnya Nissa mmg minat sgt2 dgn cite2 ni. Best coz xdela cam cite melayu ni yg cintan cintun aje. Hehehe... ape pn Nissa nk gak tgk cite 'Syurga Cinta'. Nissa nk sgt tgk coz ade Kak Ija yg tiut miut tu tp tunggu ye aunty blk dr Kuching nnti, yela dia kn bestfren Nissa kt kmpung nih... Ape pn bak kate Kak Ija eh bukan Cikgu Syuhada dlm salah satu babak dlm filem 'Syurga Cinta' tu S.A.B.A.R... So, Nissa pn kenala bsabar... Hehehe

:)







Bosannya hari ni...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari ni terasa bosan la pulak... Tu yg Nissa gagahkan diri jugak utk mengepos entri terbaru... Walaupun sbnrnya Nissa x berapa sihat... Adess,takit peyot lar... Uwaaaaaaaa.....

Ikutkan dlm 2-3 minggu ni Nissa sibuk sbb ada mik siket2 tempahan cupcakes... Tp dlm minggu ni xde la pulak...Hehehe, minggu ni boleh la relax skjap... Hehehe, ada2 je xtxt Nissa kt kmpung nih...

Nasib baik la aunty Nissa xde, dia outstation g Kuching...Kalo tidak lg macam2 la xtvt yg bukan2 Nissa wt ngan dia... Ape lg kalo bukan bshopping... Dh puas shopping on9, g window shopping la pulak... Tp xpela nasib baik ada aunty yg sponsor sume tu... Bkn aje untung, ley jimat wit poket sndri....

Ok la, Nissa nk undurkan diri dlu ek sbb nk bereskan keja2 umah ni... Lps tu nk tolong mama Nissa mark mid year paper...Manyak sungguh yg nk kena wt ni...Tata kawan-kawan...

p/s : Dear Fairuz Ashikin, sowie sgt2 sbb Nissa ni serajin Fairuz yg slalu mengepos entri baru... :P
Lgpn Nissa masih xbrapa mahir la gune blog ni... Kalo Fairuz rajin, nnti tnjuk ajar la ek... "Sharing is caring..."


Monday, May 11, 2009

Temuduga!!!

Assalamualaikum...

Maaflah sbb Nissa lama menghilangkan diri...Sebenarnya bukannya Nissa ke mana-mana pn,cuma Nissa kena rajin mentelaah utk menghadiri temuduga pd minggu hdpn...

Syukur alhamdulillah...Setelah berjaya melepasi ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventor) yg Nissa duduki pd 18 April 2009 yg lalu, bertempat di SMT Bukit Piatu, Padang Temu Melaka, kali ni Nissa akan menghadiri temuduga di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pd 20 Mei 2009 ini...Nampak gayanya, terpaksalah sekali lagi mama dan ayah Nissa ambil cuti pd hari tersebut...

Tp apakah soalan yg bakal ditanya kpd Nissa semasa temuduga nnti???Adakah mempunyai kaitan dengan bidang bahasa melayu???Ataupun soalan-soalan berkaitan dgn isu semasa???Alahai, mcm manalah Nissa nk jwb semua soalan tu nnti...Huhu,sape boleh bantu Nissa ni... :(

Xpelah,yg penting Nissa dh berusaha stkt yg Nissa mampu...Oh ye,kwn2 pn jgn lupa doakn kejayaan Nissa ye... :)

p/s : Ada x sesiapa yg ada tips utk menghadiri temuduga???Tlgla bntu Nissa ni... ;)