About Me

My photo
♥Nissa ♥Sweet 24 ♥There is only one happiness in life, to love and be loved♥

Thursday, September 26, 2013

Mood Sedih T___T

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Hari ni cerita sedih, entah kenapa la rasa diri ni macam diperkotak-katikkan aje.. Bila masa dia susah, mintak tolong kat kita ayat bukan main manis macam ade kebun tebu kat bibir tp bila dia dah senang, mengata kita pulak kat belakang kan.. Okay fine, just go with the flow jela kan.. Mungkin hari ni hari awak, esok lusa insyaAllah hari saya pulak.. Terima kasih la sebab buat saya rasa teraniaya.. Ish, zaman sekarang ni kita tolong orang pun salah, tak tolong pun salah...

p/s: Memang takde siapa yg sempurna tapi berusaha lah utk jd yg terbaik.. Mari merawat hati yg sedih dgn tengok movie 'Bencinta' malam ni :)


Tuesday, September 24, 2013

Happy 1st Anibeseri to Missy Braceys

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Pejam celik, pejam celik... Rupanya dah genap setahun pakai braces ni.. Nampak gayanya lepas setahun bersama, kami makin serasi.. Cewah~~~

Oh ya, sejak mula bergelar wanita berkerjaya ni, dah tak terupdate pulak blog ni kan.. Maklumlah, demand kerja dan demand badan utk berehat mestilah seimbang!

 

Jeng jeng jeng!!

Mempersembahkan Missy Braceys selepas setahun (Ikutkan ada lagi 6 hari baru genap setahun)... Suka hati la nak tempek gambar sendiri kat blog sendiri kan...


Nah, hamik fresh from oven.. Pagi-pagi sampai ofis dah selalu dh buat keja mcm ni, camwhore sorang-sorang.. Nasib takde orang nampak..

 

 
Yg tudung biru ni masa pegi GEMS Alumni Networking launching last week..
 
 
 
Next appointment, insyaAllah weekend ni.. Tak tau la dentist nk pasang ape pulak kat gigi sebab dh lama dok pakai elastic ligature band je tanpa aksesori lain-lain kat bracket... Masih panjang lagi perjalanan Nissa dgn braces ni, harap2 gigi cepat la bagi kerjasama, dah tak sabar dh ni nak tangkap gambar sambil senyum tayang gigi yg tersusun rapi
 
 
Ok bai, dah nk mula buat kerja!! Selamat bekerja di hari Selasa yg indah.. Oh, I hate Tuesday!
 

 
p/s: Penat nk putihkan gigi, dah guna produk C****** tp tak putih berseri-seri macam dalam iklan tu pon... T___T